Salam
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Sabar separuh daripada iman.
Sabar itu mudah diungkap, tapi sukar untuk diamalkan. Bila ada sahabat kita ditimpa musibah, kita cakap,' sabarlah'.Akan dibalas pula 'cakap senanglah, bukan awak yang tanggung'. Benarlah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Tapi bukankah Allah sudah berjanji dalam surah al-inshirah ayat 6, bermaksud :
'sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan'.
Maka, setiap dugaan, ujian hadirnya untuk menguji kesabaran kita sebagai hamba. Pastinya ujian dan dugaan itu yang terbaik untuk kita. Yang lebih pasti setiap ujian dan dugaan akan hadir selepasnya hikmah dan kemudahan yang telah Allah ciptakan dengan sangat cantik untuk kita sebagai hambaNya.
Sabtu lepas saya diuji bahawa permohonan pertukaran saya tidak diluluskan. Semestinya saya sedih. Allah. Ujian Allah untuk menguji keimanan saya, benarlah iman itu akan benar-benar teruji bila kita ditimpa dengan ujian dan musibah.
Hari ini, saya ke UPM, bertemu sahabat sepengajian saya. Berbincang dan berdiskusi tentang tesisnya yang terhenti kerana diuji dengan kesempitan masa dan kesihatan. Betapa perlunya semangat untuk bangkit semula dan meneruskan hingga ke garisan penamat. Allahu Akbar.
Kembali kepada Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Kunci kepada kesabaran dan kekuatan jiwa. Bila kita mampu bersabar dalam menghadapi segala ujian, Insyaallah kita akan bebas dari segala keluh kesah, bebas dari penderitaan dunia, kemudian bebas dosa dan seksaan akhirat.
Saya teringat pesan Dr Muhaya, dalam hidup kita kena elakkan empat M, supaya sentiasa positif dan redha dengan ujian Allah:
Merungut
Menyesal
Mengeluh
Mengumpat
Sabar itu sendiri ada empat jenis,iaitu:
1 sabar kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah
2 sabar kita dalam menjauhi maksiat
3 sabar kita menjauhi kelebihan dunia
4 sabar kita menghadapi ujian dan pelbagai musibah.
Semoga bermanfaat kepada semua sahabat. Jika kemiskinan itu ujian. Kekayaan juga ujian. Tidak mendapat zuriat ujian. Mendapat zuriat juga ujian. Jika tidak diizinkan bertukar itu ujian. Maka diizinkan tukar juga ujian. Kunci menghadapi segala ujian ini adalah sabar. Sabarlah hati, tenanglah jiwa dalam kasih sayang Allah. Ketahuilah kita disayangiNya. Sebagaimana sabda nabi S.A.W,
'apabila Allah mencintai sesuatu kaum, tentu Dia menguji mereka'
Yakinlah, selepas setiap kesukaran disertai kemudahan. Tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kembali kepada Allah. Menyedari hakikat kita diciptakan. Terus sabar dengan ujianNya
Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid
terima kasih Indah kerana sudi singgah ke dapur makcik.Makcik suka baca profile Indah...kita hanya di pinjam sekejap dan akan di ambil pada bila bila masa...maka hendaklah kita bersedia jangan alpa....
ReplyDeleteada orang berkata sabar itu mudah tapi syukur itu susah..ramai orang yang tidak bersyukur apabila diberi nikmat atau rezeki atau bila di uji dengan segala kemewahan tetapi dapat bersabar jika di tinpa kepayahan...betul tak?
Betul. Apapun terima kasih. Semoga ada manfaatnya dengan perkongsian dan persahabatan maya ini. Insyaallah. Amin
ReplyDelete