Thursday 31 May 2012

Kembalilah

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

surah al an'am, ayat 162, bermaksud :

"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam".

Kita mengulangi bacaan ini setiap hari, tetapi adakah kita benar2 memaknainya?saya memohon keampunan Allah.

Kita boleh amalkan bacaan doa ini setiap kali selepas solat, semoga Allah sentiasa membantu kita kembali mencari redhaNya bacaannya:

"ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatimu, sentiasa mensyukuri nikmatmu, sentiasa beramal ibadah dengan baik kepadamu, ikhlas dan istiqomahkan hatiku beribadah semata-mata keranaMu" amin.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kembali kepadaNya semata-mata keranaNya.

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Wednesday 30 May 2012

Hilang

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Perkongsian,


"bila seorang muslim jauh dari agamanya, maka hilang jati dirinya"

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Tuesday 29 May 2012

Menari dalam hujan

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Suka mandi hujan?saya masa zaman kanak-kanak dulu suka juga mandi hujan. Hujan kan rahmat. Hujan juga nikmat. Jadi bagaimana kita menikmati nikmat dan rahmat tersebut?tapi hari ini sering tak kita dengar ayat 'demam hari ini sebab semalam kena hujan'. 'sakit kepala sebab kena hujan'. Mungkin ke air hujan hari ini sudah tercemar kesan pencemaran alam?bukan seperti air hujan zaman saya kanak-kanak dahulu? Tepuk dada dan tanya akal kita yang sihat.

Saya nak kongsi sebuah buku hari ini tentang berfikiran positif yang bukan mudah tetapi tidaklah terlalu payah. Semuanya datang dari diri kita sendiri. Ada sebuah buku yang baik, yang boleh saya cadangkan iaitu buku 'chicken soup for the soul', buku ini juga telah diterjemah kepada bahasa Malaysia.

Salah satu tajuk dalam buku ini menari dalam hujan. Hari ini kita sering terlepas pandang dengan nikmat yang kita dapat semata-mata nak mengejar nikmat yang akan datang. Contohnya,nanti dah duduk rumah sendiri nak buat macam ini lah, nanti dah naik gaji nak buat macam itu lah, nanti ada masa nak pergi sana lah. Sedangkan kita dah da nikmat tempat tinggal, kit dah ada nikmat gaji setiap bulan, kita dah ada nikmat masa, tapi kenapa kita sia-siakan?Astagfirullah. Kenapa kita menangguh kebahagian sekarang semata-mata nak menunggu kebahagian yang belum pasti?

Persoalannya sekarang ialah bukan bagaimana cara kita menempuh masalah atau kekurangan yang melanda, tetapi bagaimana caranya kita tetap menikmati dan bersyukur dengan setiap saat dalam kehidupan kita dengan penuh kesyukuran. Bagaimana kita mencipta kebahagiaan dalam setiap minit dalam kehidupan kita?

'hidup bukan mengenai bagaimana merempuh ribut yang melanda, tetapi bagaimana caranya hendak menari dalam hujan'

Kembali kepada Allah, pasti hati kita tenang
Sentiasa mensyukuri nikmat Allah, pasti hidup kita bahagia
Jiwa yang tenang datang dari akal yang sihat. Akal yang sihat datang dari minda yang positif. Minda yang positif datang dari diri yang sentiasa mengamalkan Al quran dan sunnahNya. Selagi kita tidak meninggalkan dua manual kehidupan kita ini, insyaAllah kita tidak akan sesat.

Selamat berfikiran positif

Selamat sejahtera kepada kalian semua



posted from Bloggeroid

Sunday 27 May 2012

Kerdil

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

"Allah, tidak Tuhan selain dia. Yang maha hidup, yang terus menerus mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Miliknya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apapun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. KursiNya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia maha tinggi, maha besar" (surah al baqarah,ayat 255).

Kerdilnya kita kan sahabat?

Kita hanya hamba.

Dialah maha pencipta segalanya.

Allahu akbar

Kita kembali kepada Dia sahabat.

Kerana Dialah pemilik segala isi bumi.

Selamat berhujung minggu

Semoga kita semua terus ikhlas dan istiqomah dalam setiap amalan kita.

Kerdilnya kita sahabat tanpa rahmat dan syafaatNya.



Selamat pengantin baru buat sahabat merangkap seperti adik saya. Jiran sebelah rumah saya. Anak yatim (nota:berkatnya kita berbuat baik dengan anak yatim).Sahabat sepermainan. Kami mengaji bersama. Bermain bersama. Sempat sekolah rendah bersama. Makan bekalan bersama. Dua-dua sahabat saya semasa kanak-kanak. Kami semua anak bongsu mak ayah kami. Akhirnya, semalam dia telah selamat bernikah dengan jodohnya. Alhamdulillah. Syukur. Selamat pengantin baru. Semoga mendapat keberkatan Allah dunia dan akhirat. Teruslah bercinta hingga ke syurga.

Selamat sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Saturday 26 May 2012

Ayat-ayat cinta

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Tajuk post hari ini macam tajuk filem pula. Semestinya ramai sahabat sering ungkapkan ayat-ayat cinta pada orang yang dikasihi. Sehinggakan ada ayat-ayat cinta itu terlalu hiperbola(melebih-lebih). Sanggup kerenangi lautan api, sanggup ku daki gunung yang tinggi. Semata-mata nak menunjukkan teramat cinta. Allahuakbar. .kuasanya cinta.

Bukankah pemilik cinta yang agung itu adalah pencipta kita Allah. Bukankah pemilik segala ayat cinta itu ialah alquran.

Setiap hari berapa banyak kita baca ayat-ayat cinta kita kepada Allah. Berapa banyak pula ayat-ayat cinta yang kita ungkapkan kepada manusia?

Saya teringat satu kisah yang saya baca dari langitilahi.com. Kisahnya begini, terdapat sebuah keluarga yang sangat bahagia,suami,isteri dan anak mereka tiga orang,yang sulung lelaki, yang kedua perempuan dan yang bongsu lelaki. Mereka sebuah keluarga yang sederhana namun sangat bahagia. Saling sayang menyayangi. Saling bahu membahu dalam setiap masalah.

Suatu hari, si suami diberi nikmat mendapat peluang pekerjaan di luar negara. Maka berangkatlah si suami ini dengan semangat untuk memberi yang terbaik buat anak dan isterinya.

Setiap bulan si suami, menghantar surat dan duit untuk perbelanjaan anak dan isterinya. Disebabkan terlalu rindu dan sayang kepada si ayah, surat ini tadi di simpan di tempat yang cantik, di tempat yang tinggi, dan setiap hari dicium, dipeluk tanda melepaskan rindu.

Selepas beberapa tahun,si suami pulang bercuti. Sesuatu yang mengejutkan apabila hanya tinggal anak lelaki yang bongsu sahaja sendirian di rumah.

Lalu, si suami bertanya, mana ibumu?si anak menjawab ibu telah menghilangkan diri. Si suami terperanjat, bukankan ayah sudah mengirimkan surat berpesan agar ibumu menjaga aurat dan menjadi isteri yang solehah?apakah kamu tidak membacanya?

Si suami bertanya lagi, mana abangmu? Si anak menjawab abang telah menghilangkan diri kerana terlibat dengan dadah. Si suami terperanjat, bukankah ayah sudah mengirimkan surat dan berpesan agar abangmu menjadi anak muda yang sentiasa mengingati Allah?apakah kamu tidak membacanya?

Si suami bertanya lagi,mana kakakmu?si anak menjawab kakak telah menghilangkan diri bersama kekasihnya. Si suami terperanjat, bukankah ayah sudah mengirimkan surat dan berpesan agar kakakmu sentiasa menjaga aurat?apakah kamu tidak membacanya?

Lalu anak yang bongsu ini tadi menunjukkan surat-surat kiriman ayahnya, yang terletak cantik di dalam bekas yang dihias indah, tidak di baca tetapi di jaga dengan cermat. Apabila rindu, surat itu dipeluk dan dicium selepas itu diletakkan semula di tempat yang cantik itu.

Sekian kisahnya. Ada tak berlaku kisah ini dalam realiti kehidupan harian kita sahabat?surat yang dikirim dari yang dicintai tetapi tidak dibaca? Sudah tentu ada. Siapa?kitalah.analogi dari kisah ini surat itu alquran,Allah bagi kita ayat-ayat cintanya, tapi kita simpan di tempat yang cantik, di tempat yang tinggi, hanya peluk dan cium tetapi tidak berusaha membuka, membaca dan mentadabbur maknanya. Allah. Saya mohon keampunan Allah.

Al-quran itu punca segala ilmu. Ilmu itu cahaya. Hati gusar, bacalah alquran. Bermasalah, cari penyelesaiannya dalam alquran. Jangan biarkan ayat cinta Allah tidak dibaca. Inginkan cinta, inginkan bahagia, carilah dalam ayat-ayat cinta dari pencipta kita yang azali. Jangan harap ayat cinta dari manusia. Haraplah cinta Allah, maka cinta manusia akan hadir. InsyaAllah.

Selamat mengaji. Selamat membaca al-quran. Selamat mentadabbur maknanya. Dan selamat khatam al-quran menjelang ramadhan kelak.

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Thursday 24 May 2012

Murabbi

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang



Sahabat yang majoritinya murabbi.

Murabbi, guru, cikgu, sama sahaja tugasnya mendidik.
Semasa saya tingkatan enam,guru-guru,ustaz ustazah di panggil murabbi. Saya benar-benar terkesan dengan panggilan tersebut.

Hari ini saya sengaja ingin mengimbau kembali apa yang murabbi saya telah lakukan pada saya,dan apa pula yang bakal saya lakukan pada anak didik saya. Semoga ada manfaatnya.

Saya masih ingat ustaz Abdullah yang mengajar syariah semasa saya tingkatan enam. Setiap kali selesai ujian atau peperiksaan saya kerap menulis di muka surat terakhir kertas jawapan,'jawapan tamat', diikuti nama saya dan saya selitkan perkataan 'profesor' di belakangnya. Setiap kali itulah, beliau menulis insyaallah di tulisan 'profesor' tersebut. Sebagai murid Saya rasa diberkati. Saya rasa dikasihi. Saya rasa impian dan cita-cita saya diredhai oleh murabbi saya. Semoga Allah memberkati kehidupannya hari ini. Amin.

Jika peringkat SPM, mata pelajaran bahasa Malaysia merupakan mata pelajaran wajib lulus, di peringkat STPM pula, Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib lulus. Keputusan pengajian am senior setahun daripada saya, mencatat kejatuhan yang teruk. Murabbi saya menerima tamparan yang hebat. Mereka terperanjat dengan keputusan tersebut. Kesannya ialah kami yang akan menduduki STPM hujung tahun tersebut. Tekanan yang amat dirasai. Kelas bimbingan siang dan malam. Tiba hari peperiksaan, saya masih ingat semasa bulan ramadhan (nota:saya rindu udara bumi wakafan itu), murabbi pengajian am kami, berdiri di luar dewan dan bersalaman dengan setiap seorang daripada kami, bayangkan semangatnya semasa itu untuk menjawab dan buat sehabis baik. Tindakan yang sangat terkesan di jiwa saya. semasa peperiksaan, mereka duduk di surau dan membaca yasin untuk kami sepanjang kami dalam dewan peperiksaan. Allahu akbar. Besar sungguh jasa murabbi saya. Tidak terbalas rasanya jasa mereka. Semoga Allah memberkati hidup murabbi saya dunia dan akhirat.amin

Ada seorang lagi Murabbi saya yang sering memberi nasihat dan teguran di kelas. Tegurannya juga kerap mengundang air mata saya bertakung di kelopak mata. Nasihat yang membina. Nasihat yang memberi kesedaran. Ustaz Kamal, yang juga warden dan tinggal dalam kawasan sekolah. Beliau sering menggelar anak didiknya yang bercermin mata sebagai istimewa kerana diberi kelebihan mempunyai 'empat mata'. Allah. Lucu rasanya.

Sedikit Kenangan yang sangat menyentuh hati saya, dan masih saya ingati hingga hari ini. Saya tersedar hari ini, mampukah saya menjadi murabbi seikhlas mereka. sentuhan, tindakan yang mereka lakukan benar-benar terkesan di hati dan jiwa saya sebagai murid mereka.

Apa yang saya kongsi di sini, bukan sekadar pengalaman.tetapi yang lebih penting ialah keikhlasan mereka bertugas dan keberkatan yang diperoleh dalam setiap kehidupan mereka.

Adakah hari ini kita sudah benar-benar ikhlas melaksanakan setiap tugasan yang diberikan? Adakah hari ini saya benar-benar bertanggungjawab dalam setiap pengajaran saya kepada anak didik saya?Murabbi yang dianggap 'role model',contoh terbaik, ikutan terbaik, tetapi sudahkah saya memberi contoh dan ikutan terbaik kepada mereka? Saya mohon keampunan Allah.

Semoga perkongsiaan ini bemanfaat. Muhasabah dan refleksi diri.

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Wednesday 23 May 2012

Kehidupan

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang



Setiap hari merupakan hari yang baru untuk kita. Setiap pagi apabila kita terjaga dari tidur, patut kita ucapkan syukur kerana ada sehari lagi diberi Allah untuk beribadah dan bertaubat kepadanya.

Hidup kita juga silih berganti antara nikmat dan musibah. Semalam masalah kita selesai, hari ini wujud pula masalah lain. Silih berganti. Namun musibah dan nikmat itulah menjadikan hidup kita berwarna-warni. Alhamdulillah.

Namun, apa yang penting kita mesti berbaik sangka dengan setiap takdir yang ditentukan. Jangan pula kita kurangi sedikit pun kesungguhan kita untuk berusaha. Dan terus berusaha.

Pujuk hati, bisik pada hati, yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bergembira dan nikmati anugerah kehidupan ini dengan penuh kesyukuran.

Jangan berhenti berlari.

Salam sejahtera kepada kalian semua


posted from Bloggeroid

Tuesday 22 May 2012

Rejab

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

selamat datang bulan rejab. selamat datang bulan Allah. Mulakan hari pertama di bulan rejab dengan membaca doa ini :

 'Allahumma bariklana fi Rejab wa Sya'ban, wa balighna fi Ramadhan'

 Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Ameen.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

'Rejab bulan Allah, sya'aban bulanku, ramadhan bulan umatku'

Jadi sahabat mari sama-sama kita merebut peluang keemasan yang terdapat dalam bulan rejab ini. 
Teruslah kita berusaha menjadi hamba yang terbaik di sisiNYA  setiap hari. 

Salam sejahtera kepada kalian semua.

Monday 21 May 2012

Usaha

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Apabila kita mahukan sesuatu, kita perlukan usaha sesungguh-sungguhnya. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Terus usaha sehingga berjaya. Cukupla sedih sekejap. Lap air mata. Bangkit semula. Semoga Allah redha.

Saya ke jabatan pelajaran negeri selangor hari ini. Membuat permohonan lagi untuk pertukaran. Buang jauh-jauh sikap putus asa. Kerana apa sahaja yang berlaku, walau sekadar kerlipan mata, Allah tidak menjadikannya dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya. Perlu kita fikir. Perlu kita singkap tabir rahsia di sebalik setiap kejadian dan ujian ini.

Teruslah berjalan di muka bumi Allah ini dengan penuh kehambaan.

Hanya rahmat dan kasih sayangNya lah yang kita harapkan.

Kita fikir apa yang kita suka itu adalah yang terbaik, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Teruskan usaha mencapai segala yang dicita-citakan. Insyaallah akan diizinkan jua kelak. Katakan amin sahabat.

Salam sejahtera kepada kalian semua.

P/s: esok satu rejab, jom sahabat kita meraikannya dengan berpuasa. InsyaAllah. Semoga Allah redha.

posted from Bloggeroid

Sunday 20 May 2012

Sabarlah hati, damailah jiwa

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang



Sabar separuh daripada iman.
Sabar itu mudah diungkap, tapi sukar untuk diamalkan. Bila ada sahabat kita ditimpa musibah, kita cakap,' sabarlah'.Akan dibalas pula 'cakap senanglah, bukan awak yang tanggung'. Benarlah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tapi bukankah Allah sudah berjanji dalam surah al-inshirah ayat 6, bermaksud :

'sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan'.

Maka, setiap dugaan, ujian hadirnya untuk menguji kesabaran kita sebagai hamba. Pastinya ujian dan dugaan itu yang terbaik untuk kita. Yang lebih pasti setiap ujian dan dugaan akan hadir selepasnya hikmah dan kemudahan yang telah Allah ciptakan dengan sangat cantik untuk kita sebagai hambaNya.

Sabtu lepas saya diuji bahawa permohonan pertukaran saya tidak diluluskan. Semestinya saya sedih. Allah. Ujian Allah untuk menguji keimanan saya, benarlah iman itu akan benar-benar teruji bila kita ditimpa dengan ujian dan musibah.

Hari ini, saya ke UPM, bertemu sahabat sepengajian saya. Berbincang dan berdiskusi tentang tesisnya yang terhenti kerana diuji dengan kesempitan masa dan kesihatan. Betapa perlunya semangat untuk bangkit semula dan meneruskan hingga ke garisan penamat. Allahu Akbar.

Kembali kepada Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Kunci kepada kesabaran dan kekuatan jiwa. Bila kita mampu bersabar dalam menghadapi segala ujian, Insyaallah kita akan bebas dari segala keluh kesah, bebas dari penderitaan dunia, kemudian bebas dosa dan seksaan akhirat.

Saya teringat pesan Dr Muhaya, dalam hidup kita kena elakkan empat M, supaya sentiasa positif dan redha dengan ujian Allah:
Merungut
Menyesal
Mengeluh
Mengumpat

Sabar itu sendiri ada empat jenis,iaitu:
1 sabar kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah
2 sabar kita dalam menjauhi maksiat
3 sabar kita menjauhi kelebihan dunia
4 sabar kita menghadapi ujian dan pelbagai musibah.

Semoga bermanfaat kepada semua sahabat. Jika kemiskinan itu ujian. Kekayaan juga ujian. Tidak mendapat zuriat ujian. Mendapat zuriat juga ujian. Jika tidak diizinkan bertukar itu ujian. Maka diizinkan tukar juga ujian. Kunci menghadapi segala ujian ini adalah sabar. Sabarlah hati, tenanglah jiwa dalam kasih sayang Allah. Ketahuilah kita disayangiNya. Sebagaimana sabda nabi S.A.W,

'apabila Allah mencintai sesuatu kaum, tentu Dia menguji mereka'

Yakinlah, selepas setiap kesukaran disertai kemudahan. Tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kembali kepada Allah. Menyedari hakikat kita diciptakan. Terus sabar dengan ujianNya

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Saturday 19 May 2012

Jodoh

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

fazirakuazir.tumblr.com



Semalam seorang kakak  berkongsi dengan saya supaya mengamalkan ayat 36 dari surah yasin. Maksudnya ini :

'Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya' 




Diajarnya sekali agar baca ayat tersebut, doa, hembus dan sapu di muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Allah. Ramai benar yang risaukan saya. Beberapa sahabat emak saya juga bimbang. Sehinggakan ada yang berseloroh, apabila saya ucapkan selamat menunaikan umrah, mereka membalas bahawa nanti pakcik, makcik doakan jodoh awak di Jabal Rahmah, Syukur. Saya berasa disayangi, ramai yang mendoakan, harapannya berkat doa-doa itu saya mendapat jodoh yang baik. amin.. Saya positif dalam hal ini. Kerana ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki semua di bawah kekuasaannya. Bukan kerja saya. dan di luar bidang kuasa saya. Apa yang saya mampu sebagai hamba ialah berusaha, berdoa dan bertawakal sepenuhnya. 


Apa yang pasti  "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"  (Surah An-Nur, ayat 26)

Saya sendiri perlu terlebih dahulu menjadi perempuan yang baik. perempuan yang solehah. anak yang baik. anak yang solehah. hamba Allah yang taat. Hamba Allah yang mengamalkan ajaranNYA sepenuhnya.

Jika disoal saya, kenapa lambat? jawapannya kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk saya.
Jika disoal saya sudah berpunya? jawapannya, ya, sudah pasti kerana setiap orang sudah Allah tentukan jodohnya.
Jika disoal saya siapa? jawapannya, kelak Allah akan perkenalan pada kalian semua
Jika disoal bila? jawapannya kami akan disatukan suatu hari nanti, InsyaAllah.

Sebelum saya mendapat jodoh yang baik. Saya sendiri perlu menjadi hamba yang terbaik.
semoga jodoh saya kelak imannnya lebih tinggi daripada saya, supaya dia dapat membimbing saya untuk lebih mencintaiNYA. Mampu menjadi imam dalam keluarga. Katakan Amin wahai sahabat pebaca...

Allah, saya mohon keredhaannya..

Salam sejahtera kepada kalian semua


Friday 18 May 2012

Berlengah-lengah

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Saya masih ingat kata-kata rakan niaga saya dahulu.(nota:saya sudah tidak berminat dengan sebarang perniagaan hari ini, akan datang wallahu a'lam,saya hanya ingin berjual beli dengan Allah sahaja, semoga Allah redha).

Alasan kalau boleh buat kita kaya, jaga, lipat dan simpan elok-elok dalam wallet. Tapi kalau alasan buat kita lemah, alasan buat kita malas, alasan buat kita ketinggalan,buang dan lempar jauh-jauh.

Dengan alasan kita tak ke mana-mana. Buang alasan banyak kerja penyebab tak dapat solat awal waktu. Buang alasan penat, penyebab tidak membaca alquran. Buang alasan anak banyak penyebab tidak sempat berzikir. Allahu akbar.




Mari kita jadi hamba yang istiqomah dan mujahadah dalam melawan nafsu-nafsi kita.

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Thursday 17 May 2012

Hati

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Hari ini saya diuji. Allah. Bagaimanalah insan itu boleh mengakui dia beriman sedang dia benar-benar belum diuji.

Syukur dengan ujian ini yang dapat mendidik hati saya. Ujiannya tentang hati. Ujian ini menyedarkan saya supaya sentiasa membersihkan hati. Sedih saya melihat manusia yang bercakaran secara halus atau jelas semata-mata kerana ada penyakit hati. Allahuakbar. Takutnya saya dengan penyakit hati. Penyakit yang lebih parah dari barah.Kemana la nak dibawa harta dunia ini. Sedang segalanya pinjaman. Teringat saya nasyid nyanyian rabbani,

"mana milik kita, tidak ada milik kita, semua yang ada, Allah yang punya, tidak ada kita punya, kita hanya menguasahakan sahaja, apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya, mengapa kita sombong, memiliki Allah punya, mengapa tidak malu, kepada Allah yang empunya, kalau Allah tidak beri, kita tidak punya apa-apa"

Pentingnya kita mendidik hati supaya hati kita terus hidup,lembut,bersih, dan cekal. Pentingnya kita jaga 'kesihatan' hati kita Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W,

" sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika daging itu baik, baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi sekiranya daging itu rosak dan kotor, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati"
(riwayat bukhari dan muslim)

"hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut kepada saudaranya, hati yang paling bersih dalam keyakinannya, dan hati yang paling cekal dalam beragama"(Ali b Abi Talib k.w.h)

Teringat saya ceramah dari Prof Muhaya,kita harus ada perasaan belas ihsan kepada orang yang berpenyakit hati, kerana mereka tidak sedar bahawa mereka berpenyakit. Kita harus doakan mereka.

Ya allah,peliharalah kami dari manusia yang mempunyai 'penyakit' hati. Kerana sesugguhnya kami tidak tahu ya allah apa yang ada dalam hati mereka. Bersihkan hati mereka dan bersihkan hati kami ya allah. Amin

Saya mohon keampunan Allah.

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Wednesday 16 May 2012

Hari guru

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Banyak sungguh hari istimewa di bulan Mei ini. Dari hari ibu, hari guru, hari jururawat dan hari buruh. Cuma jangan kita meraikan mereka hanya pada hari mereka sahaja. Tapi raikan mereka hari-hari dengan hormat dan kasih sayang.

Selamat hari guru khas buat emak saya. Sebab emak adalah guru pertama sejak saya dalam rahimnya malah hingga hari ini. Selamat hari guru buat guru tadika saya di tadika kemas felda chemomoi. Selamat hari guru buat guru sekolah rendah saya di sek ren(lktp) felda chemomoi. Selamat hari guru buat guru sekolah menengah saya di sek men agama simpang pelangai, sek men agama al-wosto, dan kolej islam sultan alam shah. Selamat hari guru buat semua pensyarah saya di upm. Semoga ada balasan akhirat yang baik-baik sahaja untuk mereka semua kerana mencurahkan ilmu kepada saya yang insyaallah masih diamalkan. Masih digunakan dan masih dimanfaatkan. Subhanallah besar sungguh jasa dan pengorbanan guru-guru ini. Guru umpama pekerjaan di ladang pahala, sekolah itu ladangnya dan murid itu buahnya. Besarnya nikmat menjadi guru.




Hadiah dari anak murid saya. Dari kelas saya. Allah. Syukur. Semoga Anjali ini mendapat rahmat,hidayah dan kasih sayang Tuhan. Hari ini semua guru diraikan. Gembiranya hati saya menjadi cikgu. Saya yakin dan percaya guru berusaha memberi yang terbaik untuk anak muridnya, namun guru juga ada keterbatasan dan semoga semua anak murid menerima keterbatasan guru ini sebagaimana para guru menerima keterbatasan anak muridnya.

Kerjaya guru ini sangat dipandang mulia. Kalau dari awal kerjaya di panggil cikgu. Sehingga mati panggilan cikgu itu dibawa. Rasulullah S.A.W sendiri suka menganggap dirinya sebagai guru (nota: saya terlupa sumbernya). Allah. Kerjaya yang hebat. Kerjaya yang juga semakin mencabar hari ini. Benarlah pendidikan itu prosesnya sepanjang hayat.

Suka saya nak mengajak diri saya sendiri dan semua rakan guru saya yang menjadi cikgu kerana cita-cita dari kecil, yang jadi cikgu kerana itulah tawaran yang dapat untuk ke ipta, yang jadi cikgu sebab itu pilihan terakhir, yang jadi cikgu sebab tiada kerja. Walau apa sahaja sebab yang menyebabkan sahabat menjadi guru pada hari ini.ingatlah Sebab yang asal ialah takdir, kembali kepada hakikat kita sebagai insan, kembali kepada pencipta kita yang azali dan pikullah amanah guru itu dengan penuh tanggungjawab. Kita umpamanya dah berada di ladang akhirat, seperti hadis:

'apabila mati anak adam itu, maka akan terhenti segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh'

Jelas apabila kita menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Kita tunjuk contoh yang baik. Jaga sahsiah kita. InsyaAllah. Anak murid kita akan ingat, mereka akan gunakan ilmu yang diajar dan mereka juga akan mencontohinya. Amin.

Kita ajar anak murid kita macam dia anak kita sendiri cikgu. Tapi bila nak marah, jadi hilang sabar, ingatlah dia anak orang cikgu. Apapun kritikan hari ini terhadap guru, hanya kita sebagai guru yang tahu dan tepuk dada kita tanya iman kita, tanya akal kita, adakah hari ini aku dah laksanakan tanggungjawab dan amanah mendidik ini dengan baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah?kita tanya diri kita, kita bagi jawapan pada diri kita sendiri, kita laksanakan perubahan. Insyaallah

Selamat hari guru pada semua guru yang mendidik saya. Selamat hari guru kepada semua rakan sejawat saya. Di bahu kita ada tugas yang besar. Semoga Allah melapangkan jalan untuk kita memikul amanah ini dan dapat laksanakan tugas dengan dedikasi semata-mata kerana Allah. Moga ilmu yang bermanfaat kita kongsi dengan anak murid kita mampu menjadi bekalan dan pencen kubur kita kelak. Insyaallah. Amin.

Terima kasih cikgu
Selamat hari guru cikgu
Guru inovatif melonjak transformasi pendidikan negara

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Tuesday 15 May 2012

Apa ertinya?

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang




Hari ini saya nak kongsi dengan semua sahabat pembaca, tentang buku yang bertajuk 'apa ertinya saya menganut islam'. Buku ini terbitan pustaka salam. Buku lama. Diterjemah dan diterbitkan tahun 1983. Tapi beberapa kali telah diulang cetak. Harganya hanya RM9.50. Puas juga saya mencarinya, syukur jumpa pada pesta buku tempoh hari. Dapat pula potongan20%. Syukur. Syukur.
Sekiranya ada sahabat yang berminat untuk membeli dan membacanya mungkin saya boleh cadangkan kedai buku di hadapan pusat membeli belah Sogo. Insyaallah ada.

Buku ini ada dua bab. Bab pertama fokus kepada diri kita sebagai muslim dari sudut akidah, ibadah, akhlak, keluarga, menguasai diri dan demi masa depan Islam. (nota:kita hidup hari ini bukan semata-mata hanya untuk diri sendiri).

Bab kedua fokus kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu kita laksanakan sebagai umat islam. Hidup semata-mata untuk Islam. Hidup yang menganggap bahawa dunia hanya semata-mata ladang akhirat. Akhirat itulah yang kekal abadi. Melaksanakan 100% kehidupan Islam. Bukan hanya mencari Islam semasa nak nikah sahaja. Astagfirullah.

Hanya Allah yang memberi taufiq dan hanya Allah tempat kita mohon pertolongan. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.

"hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenteram" (surah Ar-ra'd, ayat 28)

Jom kita kembali kepada pencipta kita yang azali. Pemilik segala kekayaan, kasih sayang dan segalanya.

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Monday 14 May 2012

Masa

salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.



Saya biasanya hubungi emak saya setiap hari, pada waktu pagi sekitar jam 10. Hari ini saya tak hubunginya, sibuk ke bukan alasan cuma saya fikir nak hubunginya waktu tengah hari. Dalam jam 1.03 petang saya tengok ada panggilan yang tidak berjawab di telefon saya, dan panggilan itu dari emak saya. Allah. Kalut saya menghubunginya semula. Tanpa salam terus tanya kenapa saya tak hubunginya pagi tadi, penatke?tak sihatke? Astagfirullah. saya mohon keampunan Allah. Tengok sahabat, saya mengabaikan masa pagi saya yang biasa saya peruntukkan untuk hubungi emak saya. Itu pun emak saya dah menyoal pelbagai soalan. boleh ulang ke masa pagi tadi sahabat? Dan saya masih terasa kesalnya. Ini masa kita dengan manusia. Bagaimana pula masa kita dengan pemilik segala masa itu?Adakah kita benar2 menjaga masa kita dengan beribadah kepadaNYA tepat pada waktu? Adakah kita hanya mengingatinya pada masa lapang? astagfirullah. Saya memohon keampunan Allah.

 Masa itu ibarat emas. Tidak boleh dijual beli. saya teringat satu bacaan yang menyatakan walau berkali-kali pengkaji barat cuba mengkaji tentang masa, namun keajaiban tetap tidak dapat diungkap. kerana masa itu adalah milik Allah. dan DIA lah yang maha bijaksana dan maha mengatur segala-galanya.

sehinggakan keajaiban masa ini terakam dalam Alquran melalui surah Al-'Asr yang bermaksud :

'Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati tentang kebenaran dan kesabaran.'(Surah Al-Asr, ayat 1-3)

Kita juga sering diingatkan agar ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu

SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI

Galakan untuk tidak membuang masa juga dalam surah Al-Sharh, ayat 7 yang bermaksud

'Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain.' (Surah Al-Sharh, ayat 7)

Hal ini jelas menunjukkan betapa kita sebagai hamba perlu menjaga masa milik Allah dan benar-benar memanfaatkan MASA untuk sentiasa mengingatiNYA.

Paling penting dan utama bagi saya menjaga masa solat kita. jangan sibukkan dengan kerja dunia yang banyak sehingga mengabaikan masa solat. bimbang tak cukup masa nak menyiapkan segala kerja dunia sedangkan kita tak menjaga hubungan dengan pemilik masa tersebut. Allah. saya memohon keampunan Allah. saya yakin masa itu sangat panjang kalau nak dikupas, tetapi setakat ilmu yang ada ini sahaja yang dapat saya kongsi.

sama-sama lah kita menjaga masa dan hubungan kita dengan Allah. Insyaallah akan ada keberkatannya.

Semoga kita tidak tergolong dalam manusia-manusia yang rugi. Tiada manusia yang nak rugi hari ini kan? jadi, mari kita hargai masa yang ada supaya kita sentiasa untung di dunia dan di akhirat. Amin.

salam sejahtera kepada kalian semua.


Sunday 13 May 2012

Hari ibu

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Selamat hari ibu untuk emak saya, untuk kakak-kakak saya, untuk kakak ipar saya dan untuk semua wanita yang diberi nikmat menjadi ibu. Nikmat yang besar kerana betapa darjat ibu itu diangkat oleh Allah. Seperti dalam surah luqman, ayat 14 bermaksud,

'dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada aku kembalimu' (surah luqman,ayat 14).


Abu Hurairah radiallahuanhu berkata :
Seorang lelaki bertemu Rasulullah dan bertanya siapakah manusia yang paling berhak aku layan sebaik-baiknya?

Baginda menjawab : ibumu

Dia bertanya lagi : kemudian siapa?

Baginda menjawab : ibumu.

Dia bertanya lagi : kemudian siapa?

Baginda menjawab : ibumu

Dia bertanya lagi : kemudian siapa?

Baginda menjawab : ayahmu.

Martabat ibu juga diangkat oleh Rasulullah s.a.w dalam satu kisah yang saya lupa nama sahabat tersebut, bertanya kepada rasulullah s.a.w sama ada untuk mengikuti ekspedisi jihad atau tidak. Lalu baginda menyoal, adakah beliau masih mempunyai ibu?sahabat tersebut menjawab ya. Lalu baginda bersabda,
'tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawak tapak kakinya'.

Subhanallah. Betapa besar jasa dan martabat seorang ibu. Subhanallah. Sangatlah wajar ibu itu dihormati kerana telah melalui tiga fasa kesusahan membesarkan kita sehingga dewasa. Fasa pertama,mengandungkan kita dengan mengalami susah payah. Fasa kedua, mengandungkan kita dengan mengalami banyak kelemahan dengan keadaan janin yang semakin membesar. Fasa ketiga, melahirkan kita dengan penuh susah payah. Subhanallah.



Emak saya. Saya pernah menumpang dalam rahimnya dahulu. Darah yang mengalir dalam tubuh saya, adalah darahnya juga. Syukur dengan kurniaan yang hebat ini untuk saya yang sangat fakir disisiNya. Emak saya yang saya fikir, sepanjang kehidupan saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mendidik dan membesarkan saya. Semoga Allah membalas segala pengorbanan emak saya dalam membesarkn saya dengan penuh amanah.Walau susah, walau tidak sekolah tetapi tetap setia dengan doanya mengiringi setiap langkah saya. Allah. Apa sahaja yang kita lakukan hari ini untuk emak kita, tidak akan mampu membalas walau setitik susu yang mereka berikan kepada kita.

Betapa berat dan besar amanah yang diberi Allah kepada ibu untuk mendidik anak sehingga menjadi hamba Allah yang taat. Dan lagi besar tanggungjawab anak untuk menjaga dan menghormati ibu. Saya suka nak mengajak semua sahabat pembaca agar kita ingat dan pegang satu perkara bahawa 'redha Allah hadir bersama redha ibu bapa kita'. Letaklah mereka di tempat yang sewajarnya. Sama-sama lah kita mendidik jiwa dan diri kita menjadi anak yang soleh solehah sekiranya kita juga ingin anak-anak kita kelak menjadi anak yang soleh dan solehah.


Marilah sama-sama kita mengejar redha Allah dengan mendapat redha ibu bapa kita. Doakan emak kita setiap hari. Gembirakan emak kita. Hubungi emak kita setiap hari. Ziarahi emak kita dengan kerap. Memberi belanja kepada emak kita. Jadilah anak yang soleh solehah untuk emak kita. Harta yang paling berharga hari ini bagi seorang anak ialah doa emak kita. Kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.


Semoga Allah mengampunkan dosa emak saya dan dosa emak semua sahabat pembaca. Semoga emak kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga kelak balasan syurga firdaus untuk emak saya dan emak semua sahabat pembaca kerana telah membesarkan saya dan kita semua dengan penuh amanah. InsyaAllah. Amin.

Marilah kita mengejar redha Allah dengan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Salam sejahtera kepada sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

Saturday 12 May 2012

Al mathurat

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selamat berhujung minggu kepada semua sahabat pembaca. Dengan nikmat masa lapang yang ada, saya suka nak berkongsi dengan sahabat pembaca tentang al mathurat.

Al mathurat merupakan amalan rasulullah s.a.w yang merupakan rangkaian doa dan beberapa ayat dari al-quran. Elok diamalkan dan di baca pada setiap pagi dan petang.




Banyak rahsia dan hikmahnya. Saya boleh google rahsia dan hikmahnya dan retype di blog saya. Tetapi saya lebih gemar sahabat pembaca amalkan dulu dan rasai sendiri kehebatannya. Mari kita amalkan semata-mata kerana Allah.

Cubalah amalkan dengan istiqomah. Insyaallah sahabat semua akan merasai hikmah dan nikmatnya. Kalau pagi lepas subuh tak sempat baca, sampai tempat kerja awal, ambil peluang baca. Tak lama. Dalam 5 hingga 10 minit sahaja. Petang pula baca selepas asar. Amalkan dengan istiqomah. Insyaallah.

Saya mohon keampunan Allah.
Mara kita sama-sama amalkan semata-mata kerana Allah.

Salam sejahtera kepada sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

Friday 11 May 2012

Viva

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang




Viva atau viva voice atau peperiksaan lisan merupakan peperiksaan akhir bagi pelajar siswazah sebelum layak diberi ijazah master atau Phd. Kebanyakan pelajarnya gentar untuk menghadapi sesi ini. Begitu juga saya. Semoga bantuan Allah sentiasa bersama saya. Amin.

Saya teringat ayat Prof Kamil dalam buku beliau "Phd kecil tapi signifikan", kita hanya berusaha tetapi yang melulus dan menggagalkan pengajian itu adalah hak Allah. Benar sekali!

Saya dan rakan merancang untuk menghantar thesis pada isnin ini, tetapi rancangan Allah pastinya lebih baik, ditakdirkan saya masih belum ada pemeriksa. Jadi besar kemungkinan saya hanya boleh hantar thesis pada hujung bulan5. Hikmahnya, saya ada banyak masa untuk menyemak thesis dengan lebih teliti.insyaallah. Kami juga berharap agar dapat jalani viva semasa bulan ramadhan, supaya ada keberkatannya. Insyaallah. Harap dipermudahkan segala urusan.

Semoga pemeriksa thesis saya kelak seorang yang lembut hatinya. Mudah untuk saya menerangkan kajian saya seterusnya penjelasan saya difahami dengan mudah. Insyaallah. Amin.

Sedikit perkongsian, jika ada sahabat yang menyambung pengajian dan berminat untuk membaca buku tulisan Prof Dr Kamil Ibrahim bertajuk phd kecil tapi signifikan bolehlah email sya di profindahsuri@gmail.com. Saya akan sent by pdf file ke email anda. Jangan risau tiada bayaran. Malah sudah mendapat keizinan dari Prof Kamil. Saya sering membaca dan jadikan buku ini penyebab untuk naikkan momentum saya agar terus berlari hingga ke garisan penamat. Dengan izin Allah jua.

Doakan kejayaan saya dan kejayaan juga pasti menjadi milik anda semua. Katakan amin ya Allah

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Thursday 10 May 2012

Hayat

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang




Hayat yang membawa maksud hidup dalam bahasa Malaysia. (nota: saya lebih gemar bahasa Malaysia itu digelar 'bahasa Malaysia' berbanding bahasa Melayu)

Hidup bukan untuk hidup. Tetapi kita hidup untuk Tuhan.

"dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku" (surah Adh-Dzariat,ayat 56).

Hakikatnya, kita sebagai manusia, hamba yang fakir dicipta oleh rabbuljalil, hanyalah semata-mata untuk beribadah dan menyembahnya. Tetapi apabila kita melanggar manual kehidupan tersebut, maka wujudlah pelbagai masalah ummah hari ini. Bagi saya, satu je cara penyelesaiannya kembalilah kepada Allah, kembali kepada pencipta kita.

Hidup juga bukan untuk mati. Tetapi mati untuk hidup.

Dunia merupakan ladang akhirat, dan akhirat masa untuk kita menuai apa yang kita usahakan di dunia. Astagfirullah. Saya memohon keampunan Allah. Saya yakin kita semua pernah melalui zaman jahiliah dan zaman kegelapan dalam hidup kita. Maka ,saya ulang satu sahaja penyelesaiannya kembalillah kepada Allah, kembalilah kepada pencipta kita. InsyaAllah.

Marilah kita sama-sama menginsafi asal kejadian dan hakikat kita sebagai manusia dihidupkan atas muka bumi ini sebagai khalifah. Astagfirullah. Marilah kita sama-sama jadikan hidup kita benar-benar bermanfaat. Rehat yang sebenar-benar rehat adalah di akhirat kelak.

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku" (surah Adh-Dzariat, ayat 56).

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Wednesday 9 May 2012

Laskar Pelangi

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Poster filem laskar pelangi
Pernah tonton filem laskar pelangi? karya filem dari seberang yang sarat dengan emosi dan ilmu yang sangat manfaat. saya telah menontonnya beberapa kali, dan membeli cd nya untuk simpanan peribadi. setiap kali menonton, setiap kali itulah emosi tersentuh dengan kesusahan mereka untuk mendapatkan ilmu dan kesungguhan murabbi mereka dalam mendidik anak bangsa. Pendidikan itu untuk semua dan semua manusia ada hak untuk menuntut ilmu. status tidak mampu menafikan hak itu.Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara memberikan pendidikan pada semua rakyatnya. 


Apa yang paling mengusik jiwa saya ialah kata-kata azimat 'guru besar' dalam filem ini, iaitu 'Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan meminta sebanyak-banyaknya'.

Memberi bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta. Tetapi memberi itu luas maknanya. kalau kita mampu dari segi ilmu, kita beri dan kongsi ilmu pengetahuan. kalau kita mampu dari segi tenaga, kita bantu dari segi tenaga. kalau kita mampu dari segi kewangan, harta benda, kita sumbang dari segi kewangan dan harta benda. Malah kalau kita hanya mampu untuk memberi senyuman sahaja sekalipun, kita bagilah senyuman. Buat apa yang kita mampu, yang paling penting keikhlasan dan semata-mata mengharap redhaNYA. Bukan kerana pandangan manusia. 

Jadi saya suka nak menyarankan kita cuba sama-sama amalkan motto 'Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan meminta sebanyak-banyaknya'.

Tangan yang memberi insyaAllah lebih baik dari tangan yang menerima. kalaulah kita semua mengamalkan sifat suka memberi demi membantu agama Allah, subhanaallah saya yakin tidak akan wujud masalah umat hari ini yang terlalu tamak dan tidak pernah berasa cukup dengan setiap nikmat dan rezeki Allah. Redhalah dengan yang sedikit, dan bersyukurlah dengan yang banyak. 

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya.

salam sejahtera kepada kalian semua.

Tuesday 8 May 2012

Biola

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.



Saya sebenarnya ada minat yang lama saya pendamkan. Saya minat bermain alat muzik. Sejak zaman universiti lagi. Saya pernah terlibat dengan kumpulan caklempong masa zaman universiti.

Saya masih ingat rakan sekelas saya yang pandai bermain keybord, sehingga buat saya kagum. Ada juga rakan lelaki yang pandai bermain gitar, sehingga mendorong saya membeli gitar kapok. alat muzik yang paling saya gemari ialah biola. Entah kenapa saya sangat gemarkan irama gesekan biola.

Hari ini saya bersyukur dengan peluang nikmat dan rezeki yang Allah beri untuk saya belajar dan memiliki biola saya sendiri. Akhirnya, saya berpeluang menggeseknya walau bunyinya masih belum merdu.. Saya yakin 'practise make perfect'.Syukur dengan nikmat allah ini. Cita-cita, minat dan impian yang telah lama saya pendamkan dapat juga saya kecapinya. Alhamdulillah. Semoga ianya bermanfaat.

Fokus yang saya nak kongsi bukan pada biola tu. Tapi, jika kita ada minat, impian, cita-cita dan angan-angan perlu disusuli dengan usaha. Jangan fokus pada kelemahan kita, tapi lihatlah pada kelebihan yang kita ada. teruslah berusaha dan jangan berputus asa. Yakinlah, apabila kita berusaha,ikhtiar, tawakal disusuli dengan doa, insyaallah kita pasti berjaya.

Letaklah impian dan cita-cita setinggi bintang di langit, kelak ia akan gugur bergemerlapan di ribaan anda. Insyaallah. Amin

Salam sejahtera kepada kalian semua

posted from Bloggeroid

Monday 7 May 2012

Celak

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.


Selamat petang isnin semua. Semoga terus bersemangat untuk menghabiskan malam dengan beribadat kepadaNya, selepas siangnya sibuk bekerja. InsyaAllah.

Saya pasti kaum hawa ramai yang gemar bercelak mata. Bercelak untuk ke tempat kerja, bercelak untuk keluar berjalan dan bercelak bila di rumah. Jadi dah alang-alang bercelak untuk tujuan bersolek apa kata tambahkan niat memakai celak itu untuk mengikut sunnah nabi Muhammad S.A.W. Insyaallah semoga mendapat ganjaranNya.

Seperti riwayat al-tirmizi dan abu daud , rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu
celak, sebab dapat memperjelaskan penglihatan dan
menumbuhkan bulu mata"

Nah, jelaskan?faedah lain yang kita dapat bila bercelak dapat jelaskan penglihatan malah dapat melebatkan bulu mata, makin bercahaya lah mata tu ditambah pula jika kita sentiasa menjaga pandangan mata kita. MasyaAllah, nikmatnya.

Kita boleh juga bercelak bila nak solat, nak tidur, malah jadikan amalan setiap hari dan niatkan mengikut sunnah nabi muhammad s.a.w. insyaallah pahala akhirat dapat, nikmat penglihatan juga dapat. Syukur.

Usaha yang kecil tapi sangat signifikan.

Mulai hari ini,saya doakan sahabat yang membaca terus tergerak hati untuk mula bercelak dan jadikan amalan dengan niat mengikut sunnah nabi muhammad s.a.w. Amin. Kita amalkan sama-sama.




Bila pandangan mata kita cerah, sihat, dan cantik dapatlah kita gunakan untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan seterusnya mengakui kebesarannya. Subhanallah.

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Sunday 6 May 2012

Kelebihan umat Nabi Muhammad S.A.W

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Pagi tadi di radio ikim.fm ada ceramah tentang kelebihan umat nabi Muhammad S.A.W. Subhanaallah. Saya hanya berkongsi apa yang saya dengar, kalau ada yang salah, tegurlah. mohon keampunan Allah. Semoga Allah redha.

Saya tersentak bila ustaz lutfi kata, berapa ramai antara kita yang duduk di tikar sejadah selepas solat, berdoa dengan mengatakan 'ya Allah, aku bersyukur kerana dilahirkan menjadi umat Nabi Muhammad'. Ramainya antara kita termasuklah saya hanya berdoa minta lapangkan rezeki, minta diberi kenikmatan yang banyak. Astagfirullah alazim.

Kata ustaz lagi, dalam sabda Allah, dari makhluk yang pertama dicipta, kita umat nabi muhammad s.a.w yang diberi nikmat menjadi umat yang terbaik berbanding umat-umat yang terdahulu. Jadi, kita refleksi diri kita, kita ni hari ini,yang diberi nikmat menjadi umat yang terbaik, apa yang kita amalkan sebagai membalas nikmat tersebut?tepuk dada tanya iman kita. Kita sama-sama istigfar. Astagfirullah alazim.

Cerita ustaz juga, nabi musa yang terkenal dengan keras hatinya,yang berdepan dengan umat zamannya yang sangat degil,yang sering mencabar nabi musa,tetap mengalirkan air mata kerana tidak diberi nikmat menjadi umat nabi muhammad s.a.w. Subhanaallah.

Mari kita muhasabah sahabat. Allah telah menjadikan kita istimewa dengan memberi nikmat iman,nikmat islam,nikmat menjadi umat nabi muhammad s.a.w. Nikmat yang paling besar diberikan kepada kita hamba yang sangat fakir ini.

Mari kita amalkan doa ini sahabat setiap selepas subuh :
Ya allah,perbaikkanlah umat nabi muhammad,himpunkan kami di bawah tadbiran nabi muhammad, ampunkan kami dosa umat nabi muhammad ya allah,jauhkan umat nabi muhammad dari sebarang kesesatan ya allah.

Astagfirullah alazim.
Astagfirullah alazim.
Astagfirullah alazim.
Mari kita perbanyakkan selawat dalam hari-hari kehidupan kita
Saya mohon keampunan allah.

Salam sejahtera kepada kalian semua.

posted from Bloggeroid

Saturday 5 May 2012

Pesta Buku

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang


Saya ke pesta buku hari ini. Saya sangat teruja memulakan hari yang indah dengan solat dhuha,berdoa agar perjalanan dipermudahkan,berniat tentang buku-buku yang ingin saya cari. Konsepnya mudah setiap amalan harus dimulakan dengan niat


Saya parking di LRT Maluri,dan membeli tiket ke PWTC untuk pergi dan balik. Agakan saya pastinya ramai yang akan beratur untuk balik nanti. Syukur,agakan saya tepat. Satu info baharu,LRT sudah menggunakan tiket dalam bentuk token,bukan lagi kertas. Alhamdulillah perubahan yang positif ke arah penjimatan kertas.

Perjalanan amat singkat. Sekitar 15 minit sahaja dari Maluri ke PWTC. Ada juga bagusnya pengangkutan awam di Malaysia. Saya juga bertemu rakan baru dan bersama dengannya dari LRT maluri hingga ke PWTC,ada juga teman saya berjalan. Namun kami berpisah di dalam PWTC selepas bertemu dengan rakan masing-masing. Ini rakan baru saya yang sangat gemar membaca.



Saya suka suasana di pesta buku itu. Mungkin agak sesak,itu petanda positif masih ramai rakyat Malaysia yang gemar membaca. Walaupun bahan bacaannya tidak ilmiah,sekurang-kurangnya mereka berinisiatif untuk membaca. Gerai Telaga Biru menjadi tumpuan. Penerbitan buku islamik bagi saya berkembang dengan pesat. Kulit buku yang menarik,isi yang santai,mudah difahami,menjadikan buku islamik ini mendapat sambutan. Syukur. Semoga semakin ramai umat islam dan saya sendiri benar-benar mengamalkan 100% kehidupan islam dalam kehidupan harian. Amin.

Saya bertembung juga dengan ustaz Don. Saya sempat juga bergambar dengan Prof Dr Muhaya.



Seperti sudah lama kenal. Saya katakan pada beliau yang saya akan jadi seperti beliau:). Beliau memandang mata saya sambil berpesan 'fokus'. Benar, saya mesti fokus. Beliau bertanyakan nama saya dan membalas bahawa nama saya sangat cantik. Kredit harus diberi pada kaklong dan ayah saya yang memberikan nama yang cantik itu pada saya.:).

Apapun, perjalanan hari ini sangat menenangkan. Saya dapat membeli buku yang saya inginkan. Saya dapat juga ilmu yang secara langsung mendidik saya menjadi hamba yang lebih fokus. Insyaallah. Saya mohon keredhaan Allah.

Salam sejahtera kepada kalian semua.

Friday 4 May 2012

Anak

Anak Saudara saya
Dian Amani & Muhammad Amjad
Semoga menjadi anak akhirat yang soleh dan solehah
Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Anak adalah anugerah Allah dan harta yang sangat bernilai bagi setiap ibu bapa. Anak adalah rezeki dan setiap rezeki dari Allah taala itu datang dengan ujian. Jadi setiap anak adalah ujian buat setiap ibu bapa.ANAK umpama kain putih yang mulus dan  Ibu bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya mendidik dan membentuk anak-anak.

Bagi saya untuk mendapat dan mendidik anak yang soleh dan solehah, ibu bapa sendiri perlu menjadi anak yang soleh dan solehah terlebih dahulu. seperti peribahasa, Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Proses mendidik anak soleh dan solehah bermula sebelum bernikah lagi. bermula sebelum mempunyai anak. Perancangan yang teliti perlu ada. kerana tanggungjawab yang sangat berat untuk membina anak menjadi insan dan hamba Allah yang taat.

Dari pengalaman saya yang sedikit, saya melihat tugas mendidik anak sebagai suatu amanah dan yang amat berat bagi setiap ibu bapa. seeloknya mengikut sunnah dan ikutan junjungan besar Muhammad S.A.W.

7 tahun pertama umur anak, layanlah mereka seperti raja dan permaisuri. 7 tahun berikutnya layanlah mereka umpama dalam penjara, perkataannya 'yes' atau 'no' tetapi perlu diiringi dengan alasan kenapa 'yes' dan kenapa 'no', 7 tahun berikutnya sehingga dewasa layanlah anak seperti kawan, sahabat yang boleh berkongsi segala masalah dan suka duka.

Ibu saya dan cucu-cucunya.
semoga menjadi anak akhirat yang cemerlang. Insyaallah

Saya doakan semua ibu  bapa  dan bakal ibu bapa mampu menjadi ibu bapa yang soleh dan solehah seterusnya dapat mendidik zuriat akhirat yang soleh dan solehah juga. InsyaAllah..

Salam Sejahtera kepada kalian semua

Thursday 3 May 2012

Melaka

Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia

salam 

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Emak ayah saya orang Melaka. saya sangat seronok pulang ke Melaka. suasana yang tidak terlalu sibuk. kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap. 

Pagi semalam dalam jam 4.45am saya bergerak dari Melaka untuk ke tempat kerja saya di Selangor. dalam 650am saya sampai di tempat kerja. 

Sebenarnya, saya gemar membawa kereta awal pagi, sendirian, kerana bagi saya masa dalam perjalanan itu ditemani dengan saluran ikim.fm sangat menginsafkan dan membuat saya berfikir tentang hakikat kehidupan saya sebagai insan, sebagai hamba dan agenda-agenda yang perlu saya rancang untuk lebih ubudiyyah (mendekatkan diri kepada Allah). Saya sangat  menikmati ketenangan itu.

Saya ke Melaka pada petang isnin bersama emak saya. tiada dalam perancangan sebenarnya. tetapi, saya merancang dan Allah juga merancang, pastinya perancangan Allah lebih baik. Syukur. 

Salam sejahtera kepada kalian semua.