Wednesday 30 December 2015

DLP

Assalamualaikum..selamat sejahtera kepada semua sahabat



selamat kembali bertugas kepada semua guru bagi sesi persekolahan 2016.

saya doakan semua guru semakin bersemangat dan penuh dedikasi untuk mendidik anak bangsa, ikhlaskan niat dan luruskan hati, positifkan emosi  untuk menjadikan anak didik kita cemerlang dunia dan paling penting akhirat, kerjaya mendidik sangat dekat dengan emosi, dan emosi stabil amat penting, emosi stabil memerlukan rehat yang cukup jadi guru atau pendidik tidak digalakkan melakukan dua, tiga atau empat kerja dalam satu masa (lawak sahaja).

saya sudah mesyuarat guru kali pertama semalam, dan hari ini sambung untuk mesyuarat panitia pula.

saya nak berkongsi satu sahaja, salah satu isu yang diterangkan ialah DLP atau Dual Language Program yang merujuk kepada murid tingkatan 1 akan diajar matematik dan sains sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris. saya tidak menyatakan sokongan atau bantahan, cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah peranan guru Bahasa Melayu agar memantapkan penguasaan murid tingkatan 1 dalam Bahasa Melayu sama ada dari segi bacaan, lisan dan tulisan. keadaan ini bolehlah digambarkan agar murid tingkatan 1 ini tidak menjadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. biarlah murid ini dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.

selamat bertugas kepada semua guru.

salam tahun baru 2016
selamat berjuang

Wednesday 23 December 2015

Berenang

Atuk, wan dan Ya di depan masjid putra, putrajaya
Berenang untuk kali pertama

Assalamualaikum..

Nota ini untuk nur khairiah anak manja ummi yang dah berumur 6bulan 20hari. Makin rancak bercakap, senyum, meniarap dan angkat-angkat badan nak merangkak.

Sekarang ummi cuti sekolah, sepanjang cuti ni abi sempat bawa Ya ke segamat, untuk kenduri akikah adib (sepupu khairiah, anak paklong). Khairiah menangis sahaja, mungkin tak selesa dan penat, syukurlah wan ada sama, bolehlah ummi bergilir-gilir dengan wan dukung khairiah.

Kita sempat juga bercuti di rumah wan seminggu. Hilang rindu ummi dan khairiah pada wan. Wan pun seronok sangat. Walau sakit tangan, tetap semangat nak dukung khairiah.

Kita sempat juga ke putrajaya sempena konvokesyen kakak aina, bawa wan dan atuk ke masjid besi dan masjid putra, khairiah seronok masa ni, bila penat ummi bagi susu, Ya terus tidur. Cuma Ya ada menangis sebab nak buang air besar, tapi lepas tu Ya dah ok.

Sekarang kita sambung cuti di lumut, perak, rumah abi. Hari ni pertama kali juga abi dan ummi bawa Ya berenang. Ya macam tak selesa dengan pelampung di leher tu, tak apa Ya, mungkin lepas dua tiga kali, Ya akan selesa..untuk pertama kali ni, kita berenang lima minit sahaja, ummi bimbang Ya sejuk. Lepas berenang, abi mandikan Ya, ummi sapu minyak telon, pakaikan baju, stokin, selimut Ya dan bagi Ya susu.. Ya mesti seronok hari ni kan..

Esok lusa, kita pergi berenang lagi. Ummi niat nak ajar Ya kemahiran yang dianjurkan oleh sunnah, berenang, memanah dan berkuda, ummi nak tambah satu lagi mungkin kelas muzik, piano atau biola mungkin. Harap Tuhan izin dan permudahkan niat ummi ini.

Selamat membesar dengan sihat sayang ummi dan abi Nur Khairiah..membesarlah jadi anak ummi yang positif, berani dan sentiasa yakin dengan diri sendiri.. kita serahkan segalanya pada Allah selepas kita berusaha sedaya mampu kita.

Nota untuk Nur Khairiah Mohd Failis

Daripada
Ummi, lumut, perak.