Thursday 31 January 2013

Dunia baru

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat? Masih adakah sahabat yang menjenguk blog saya ini? Lama rasanya tak menulis dan berkongsi sesuatu...

Hari ini genap sebulan di bumi melaka. Di sekolah baru. Dengan kawan baru. Sistem yang berbeza. Cara dan kaedah yang berbeza. Suasana yang berbeza. Terlalu banyak perkara baru yang adakalanya saya setuju adakalanya tidak. Bagi saya itu normal. Cuma terpulang pada diri saya sendiri untuk urus dan tadbir perkara-perkara tersebut...Apapun paling utama saya harus bersyukur dengan segalanya..

Sahabat pernah dengar tentang seminar DR Azizan? Saya dah dengar agak lama tentang beliau, sejak saya berniaga dahulu..tapi saya tidak pernah mempedulikannya..

Ahad lepas beliau ada membuat seminar Berani 2013 dengan percuma di Melaka. Itupun kakak saya yang mengajak saya. Semasa seminar tersebut saya berasa agenda utama mereka mungkin untuk mempromosi seminar berbayar mereka...tetapi dalam masa yang sama seminar tersebut menaikkan semangat saya dan membuatkan saya ingin berniaga kembali...SubhanaAllah...sedangkan saya pernah menulis di sini yang saya tidak mahu lagi berniaga...menakjubkan saya seminar percuma tersebut mencetuskan pandangan pada sisi yang berbeza tentang perniagaan..dan mendorong saya untuk menghadiri seminar beliau pada esok hingga selasa..lama kan? :))

Saya tak dapat gambaran apa yang Dr Azizan bakal kongsikan..cuma saya suka untuk begins with the end mind...tidak meletak sebarang jangkaan..dan sentiasa positif..jauh di sudut hati, saya tak sabar juga untuk esok walaupun momentum kadang kala turun dan naik...saya tak sabar untuk sesuatu yang baru dalam hidup saya..

Syukur dengan peluang yang Allah berikan ini..pastinya tidak terjadi denga sia-sia..sebab sesuatu perkara walau sebesar zarah tidak akan bergerak tanpa izin dariNYA...

Saya akan kongsikan dengan sahabat kelak ilmu yang saya dapat..insyaAllah...mungkin ada sahabat pembaca yang pernah pergi kursus Dr Azizan dan boleh berkongsi sesuatu dengan saya?

Hiduplah dengan penuh semangat dan impian..
Banyakkan bersyukur, bersedekah dan berselawat..buatlah semata-mata untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah..

Salam sejahtera kepada semua sahabat..

posted from Bloggeroid

Thursday 24 January 2013

Manusia Istimewa

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diraikan hari ini oleh semua umat islam di seluruh dunia.

Rasulullah manusia istimewa.

Kita umatnya adalah sebaik-baik manusia yang dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Jadi sewajarnya kita hidup dengan sebaik-baik cara. Dan sebaik-baik cara adalah dengan mengamalkan sunnah nabi Muhammad SAW..

Ayuh sahabat kita perbanyakkan selawat ke atas baginda...

Hidup suburkan amalan sunnah baginda dalam kehidupan kita..

Tidak cukup hanya hari ini kita tunjukkan kecintaan kita tetapi kecintaan ini harus ada dan subur setiap saat dan detik mengalir dalam setiap urat darah nadi kita...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Friday 18 January 2013

Jangan tertipu

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat semua?
Selamat hari raya minggu bagi semua sahabat yang beragama islam?

Sepanjang hidup kita di dunia kita mesti tak suka ditipu kan?

Jadi kita sendiri juga jangan menipu diri kita sendiri.

Jangan tertipu sahabat
Jangan tertipu dengan mehnah dunia
Selama hidup kita semua harta yang kita kumpul, barang yang kita simpan sebenarnya untuk kita tinggalkan...selama ini kita hanya menyimpan dan mengumpul barang yang akan kita tinggalkan...

Soalnya, dah banyak ke amalan yang kita kumpulkan yang akan kita bawa bersama?

Jangan tertipu sahabat...selama ini kita mengumpul harta yang akan kita tinggalkan atau bekalan yang akan kita bawa bersama...astagfirullah al azim...ambil masa untuk muhasabah sahabat...

Kita tertipu dengan keasyikan dunia...

Allah ciptakan dunia untuk manusia
Allah ciptakan manusia untuk akhirat..

Semoga Allah meletakkan dunia hanya di tangan dan akhirat kejap utuh di hati kita..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..

posted from Bloggeroid

Friday 11 January 2013

Hidup BerTuhan

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabu Muhammad SAW

Apa khabar sahabat semua? Masih ada ke sahabat yang menjenguk blog yang hampir bersawang ini..maafkan saya sahabat semua..

Sesi permulaan 2013 ini banyak benar perkara baru yang perlu dipelajari..banyak sangat hikmah daripada setiap perkara yang berlaku...
Saya ambil tindakan atas setiap yang berlaku dengan sentiasa fikirkan hikmah dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku...satu ilmu penting yang saya dapat sepanjang beberapa hari pada sesi 2013 ini ialah serahkan segala-galanya kepada Allah..segala-galanya...

Ayuh sahabat kita amalkan hidup berTuhan..agar benda yang sedikit Allah akan banyakkan dan benda yang banyak Allah akan manfaatkan..agar setiap dalam kehidupan kita serah sepenuhnya kepada Allah..amalkan hidup berTuhan dalam setiap saat detik nafas kita..

Moga ada manfaat pada catatan ini

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Friday 4 January 2013

Tazkirah jumaat

Salam

Dengan namm Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat semua? Moga sentiasa bersemangat dengan diri dan azam yang baru

Selamat hari raya mingguan..

Sempena hari yang penuh barakah ini saya nak kongsi satu kata-kata daripada Syaikh Mahir Ahmad Ash- Shufi tentang misteri alam barzakh

Katanya "kematian bukanlah satu perhentian terakhir bagi seseorang. Setiap makhluk di muka bumi ini pasti akan berhadapan dengan kematian dan jasadnya hancur dimakan tanah. Namun kehancuran itu hanya terjadi kepada jasad tetapi tidak kepada roh. Jikalau seseorang mati, rohnya akan berpindah ke alam baru yang disebut sebagai barzakh"

Allahu akbar..

Kalau kita toleh kembali kepada umur-umur yang telah berlalu, kemanakah kita bazirkan masa-masa tersebut? Dengan amalan yang baik atau sebalinya? Astagfirullah..banyaknya dosa..masih belum cukup bekalan untuk kehidupan yang lebih abadi di sana..

Sama-samalah kita muhasabah dan berazam memperbanyak amalan..sebelum lakukan sesuatu fikirkan kesannya di akhirat kelak. Syurga atau neraka? Kerana itulah tempat tujuan kita yang kekal abadi..wallahu a'lam

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

Tuesday 1 January 2013

2013 Masihi

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Selamat tahun baru 2013 sahabat

Hari ini sudah bertambah lagi setahun umur kita. Jika toleh ke belakang tahun 2012 2011 2010 2009 2008 2007 2006 2005 2004 2003 apa yang telah kita lakukan? apakah kelemahan tahun2 lepas ingin kita ulang bagi tahun 2013 ini..

Jika sikap kita lebih teruk dari semalam, celakalah kita..

Biarlah esok menjadikan kita manusia hamba Allah yang lebih baik dalam segala hal...
Dalam amalannya
Dalam percakapannya
Dalam tingkah lakunya
Dalam sikap
Dalam alam pekerjaan, dalam alam belajar..
Biarlah segala yang kita lakukan lebih mendekatkan kita kepada Allah..

Teruslah berjalan atas muka bumi milik Allah yang luas ini..tetapi berjalanlah dengan diri yang baru..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

Berazamlah untuk memiliki hati yang bersih sekaligus menjadi hamba Allah yang bertakwa..insyaAllah..

posted from Bloggeroid