Tuesday 5 July 2016

kenangan sepanjang hayat 1

salam akhir ramadhan..
ramadhan yang akan dikenang sepanjang hayat, emak pergi tinggalkan adik sendirian..adik akan sentiasa ingat pesanan emak, jaga anak elok2, doakan mak, mak pergi ni..ya Tuhan..masih terngiang-ngiang...

gambar atas mak dengan khairiah tahun lepas, adik ingat sangat 1 jun khairiah keluar hospital, 2 jun adik bawa balik kampung, sampai je pintu rumah, mak terus sambut khairiah dari dukungan adik,  sebaknya ya Tuhan..tapi itulah emak, jiwa dan hati yang suci, penuh dengan kasih sayang pada anak menantu dan cucu..sayang yang tak berbalah bahagi mak curahkan, mak la nyawa, emak la jantung dalam rumah..

kenangan yang akan adik ceritakan pada khairiah, setiap kali makan, mak panggil khairiah..khairiah habiskan..mak minum air kurma, mak panggil khairiah, khairiah makan isi kurma, belikan roti jagung gardeniar, tak bagi atam usik sebab nak makan dengan khairiah, mak makan biskut, mak bagi khairiah..sayangnya khairiah dapat rasa sayang dan tenangnya kasih emak.sekejap je, adik akan cerita semua pada khairiah, biar khairiah dpt berjasa untuk bekalan mak di sana..mak lah yang pertama kali mandikan khairiah, emaklah yang sabar layan adik waktu mabuk, emak yang sangat sabar, sangat-sangat sabar..sangat tenang...

Ya Tuhan saksikan lah betapa emakku telah berkorban dan berjuang menjaga amanahmu, berilah sebanyak-banyak pahala dan ganjaran kepada emakku..luaskan kuburnya Tuhan...aminnn....


Tuesday 24 May 2016

satu tahun 22 mei 2016

khairiah dan belon hari lahir
khairiah, ummi dan kakak dian
Nur Khairiah semasa 24mei 2015
Ya, 21 mei 2016..syukur

alhamdulillah dan syukur 22 mei 2016 genap Ya setahun..

gambar ini ummi ambil hanya secebis kenangan untuk anak ummi ingat dan tahu tentang perjalanan kehidupan ya selama setahun..masa di hospital tahun lepas, ummi dah berniat untuk buat majlis doa selamat apabila Ya bertambah umur, setahun, 2 tahun, 3 tahun, dan seterusnya..insyaAllah...tanda kita bersyukur atas rezeki yang allah bagi, Allah bagi Ya sihat, Allah bagi Ya kuat melalui hari-hari awal kelahiran Ya di hospital selama 39 hari, tidur tanpa ummi, dan Allah bantu Ya, Allah kirimkan nurse-nurse dan doktor yang baik hati jaga Ya, semuanya takdir dari Allah Ya, benarlah ada pepatah mengatakan selepas hujan yang panjang, akan muncul pelangi yang sangat cantik..Ya lah pelanginya manja..ummi terus berdoa agar Ya sentiasa kuat dan semangat untuk majukan diri seperti awal kelahiran Ya

setahun ini Ya banyak ajar ummi tentang sabar, tentang multi tasking, sambil masak dukung Ya, sambil mandi dukung Ya, sambil makan pun sama, hehe..tapi ummi puas, yang penting Ya gembira, ummi tak hebat, tapi demi Ya, anak amanah dari Allah, ummi akan cuba jadi hebat seperti wan, ummi akan ingat pesanan wan untuk tak kecewakan Ya, ummi doakan Allah sentiasa bantu dan beri ilham.untuk ummi dapat didik Ya sebaiknya mengikut acuan islam sepenuhnya..insyaallah aminn...

tentang sambutan ulang tahun ya, majlis kita buat hari sabtu, 21 mei 2016, awal sehari, sebab ahad johor dah kerja, nanti abang faris tak datang pula, ummi minta abang faris ambilkan gambar, tapi abang faris belum share lagi gambar dengan ummi, tak apa, nanti ummi minta abi cuci dan simpan untuk Ya tengok apabila Ya dah mula faham tentang kehidupan ini.
selepas zuhur, abi jemput orang masjid datang rumah kita, buat bacaan doa selamat dan wan suruh buat tahlil sekali, Alhamdulillah segalanya lancar dan insyaAllah diberkati..

selamat ulang tahun yang ke satu tahun anak syurga ummi Nur Khairiah Mohd Failis.. ummi dan abi doakan, Ya terus membesar dengan sihat, bijak dan kuat..hidup ini banyak cabaran dan ujian, tapi Ya ada Allah, dan Ya ada ummi dan abi yang akan sentiasa menjadi penyokong kuat dalam hidup Ya.

Nur khairiah, anak manja ummi adalah harta ummi yang paling berharga, semoga Ya jadi anak solehah, rajin solat, rajin mengaji dan membaca, rajin merangkak dan sentiasa lembut hati..

ummi dan abi sayang Ya dunia akhirat..walau apapun, Ya tetap anak ummi yang hebat di mata ummi..

selamat membesar dan selamat bertambah umur anak ku Nur Khairiah Mohd Failis

ummi
24 mei 2016
melaka


Friday 1 April 2016

oksigen percuma

assalamualaikum.

salam jumaat keada semua sahabat.. semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan nikmat yang banyak, semoga kita juga sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan ini. Nikmat Allah mana lagilah yang hendak kita dustakan.

cuba kita bayangkan....
 kalau setiap bulan kita perlu bayar oksigen yang kita guna, rasa-rasa mampu ke?
 perlu bayar perjalanan darah yang terus berjalan dalam badan kita ni, rasa-rasa mampu ke?
perlu bayar jumlah penggunaan mata dan telinga kita ni, rasa-rasa mampu ke?
confirmlah tak mampu, kita hamba yang hina dan kerdil sangat, sehinggakan lalat yang kecil itu pun kita tak mampu buat.. dan segala yang ada hari ini, pinjaman sahaja, tiada satu pun milik kita yang mutlak..

Allahu Akbar..hinanya kita kan?
zalim nya kita kan?

astagfirullah al azim..ya Allah, ampunkanlah dosa kami yang zalim dan lupa diri ini..

saya dan mak, hari komvokesyen master tahun 2013, saya sebak, mak juga sebak..mak tahu yang dia kekuatan anak-anaknya..ye, inilah emak yang saya menumpang dalam rahimnya selama 9bulan.. darah yang mengalir dalam badan ini, darahnya juga.. 

hari ini emak saya guna oksigen berbayar, guna tong oksigen yang beribu juga harganya..Allahuakbar, besarnya kuasa Allah..sihatkanlah emak ku ya Allah, kembalikan kesihatannya, inilah wanita yang selama ini bersusah payah membesar dan mendidik anaknya sepenuh hati. 

tolong sahabat, aminkan doa ini
yaAllah, kembalikan kesihatan emak ku yang dicintai ini..aminn...