Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.
fazirakuazir.tumblr.com |
Semalam seorang kakak berkongsi dengan saya supaya mengamalkan ayat 36 dari surah yasin. Maksudnya ini :
'Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya'
Diajarnya sekali agar baca ayat tersebut, doa, hembus dan sapu di muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Allah. Ramai benar yang risaukan saya. Beberapa sahabat emak saya juga bimbang. Sehinggakan ada yang berseloroh, apabila saya ucapkan selamat menunaikan umrah, mereka membalas bahawa nanti pakcik, makcik doakan jodoh awak di Jabal Rahmah, Syukur. Saya berasa disayangi, ramai yang mendoakan, harapannya berkat doa-doa itu saya mendapat jodoh yang baik. amin.. Saya positif dalam hal ini. Kerana ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki semua di bawah kekuasaannya. Bukan kerja saya. dan di luar bidang kuasa saya. Apa yang saya mampu sebagai hamba ialah berusaha, berdoa dan bertawakal sepenuhnya.
Apa yang pasti "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia" (Surah An-Nur, ayat 26)
Saya sendiri perlu terlebih dahulu menjadi perempuan yang baik. perempuan yang solehah. anak yang baik. anak yang solehah. hamba Allah yang taat. Hamba Allah yang mengamalkan ajaranNYA sepenuhnya.
Jika disoal saya, kenapa lambat? jawapannya kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk saya.
Jika disoal saya sudah berpunya? jawapannya, ya, sudah pasti kerana setiap orang sudah Allah tentukan jodohnya.
Jika disoal saya siapa? jawapannya, kelak Allah akan perkenalan pada kalian semua
Jika disoal bila? jawapannya kami akan disatukan suatu hari nanti, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment