Saturday 9 March 2013

Tindakan

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke aras junjungan besar nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat pembaca?apa khabar ahli syurga? Apa khabar jutawan beriman kaya dunia akhirat..kaya bukan hanya wang ringgit..tapi kaya iman, kaya ilmu, kaya amal, kaya sedekah, kaya senyuman, kaya kasih sayang, kaya kesyukuran, kaya kesihatan dan segalanya kerana pencipta kita maha kaya yang berhak memberi apa sahaja pada kita sebagai hambanya dengan izin NYA yang maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang..

Hari ini saya nak berkongsi tentang action! Bertindak! Tanpa usaha, tanpa tindakan, tanpa amalan, kita tak akan ke mana- mana..kita boleh belajar seberapa banyak ilmu, kita boleh menuntut dengan pelbagai guru mengikut kepakaran mereka, tetapi ilmu tanpa amal, ilmu tanpa tindakan umpama pokok yang tidak berbuah.

Atas dasar tersebutla saya dan kakak bertindak menubuhkan Kunya Kunya Marketing..atas dasar selepas belajar dengan Dr Azizan Osman..atas dasar untuk menambah nilai pada bangsa dan kaum yang seagama dengan saya supaya mudah mendapatkan makanan ringan yang 100% buatan muslim..yang halal, rangup dan tiada perasa tiruan..

Syukur dengan lorongan idea yang Allah cetuskan sehingga menggerakkan anggota badan dan jasad saya untuk bertindak dan berkongsi dengan masyarakat tentang kepakaran Kunya Kunya..hasil nilai yang Kunya Kunya berikan pada masyarakat dapatlah kami menambah bayaran zakat perniagaan..syukur..Allah sahajalah yang berkuasa..saya hambanya hanya berusaha..dan bertindak juga dengan keizinanNYA...

Minggu depan 16hb genap sebulan Kunya Kunya beroperasi..syukur..benarlah kata guru saya Dr Azizan Osman..fast action, fast result..tiada perniagaan yang gagal melainkan pengusahnanya berhenti mencuba, berhenti bertindak dan berhenti daripada berusaha..

Saya kongsikan dengan sahabat beberapa produk Kunya Kunya yang semakin laris


Bungkusan plastik..muruku dan jejari ikan..sesuai diletak di kedai makan.berniaga kecil-kecilan..di kolej atau universiti..agen juga dialu2kan di seluruh Malaysia..


Muruku dalam balang..sesuai untuk stok di rumah..menjadi kudap kudapan anak, suami dan isteri semasa menonton..insyaAllah tiada sebarang perasa tiruan..

Syukur dengan peluang ini..jika ada sahabat yang berminat untuk Membelinya, berminat menjadi agen boleh sms, call atau whatapps ke 013 3872811 indah eyah abu samah/Founder Kunya Kunya Marketing
Boleh juga sahabat semua like dan share page www.facebook.com/KunyaKunyaSdnBhd.

Kesimpulannya dalam kehidupan sehari-hari berhentilah daripada merungut, menyesal, mengumpat dan mengeluh tetapi banyakkan bersyukur dan bertindak mencari solusi dalam setiap ujian..kerana apabila kita berusaha dan bertindak pasti Allah menunjukkan jalan..

Enjoy dengan kehidupan kita, fikir bayang dan rasa hanya yang baik-baik dan positif,insyaAllah yang baik-baik dan positif sahaja yang akan dtg nanti..

Banyakkan bersyukur dan perbanyakkan istigfar..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

Indah eyah abu samah
Founder Kunya Kunya Marketing
013 3872811
www.facebook.com/KunyaKunyaSdnBhd

posted from Bloggeroid