Sunday 29 April 2012

kampung

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang

Saya tak menulis beberapa hari kerana berada di kampung.
seronok bercuti bersama semua ahli keluarga. Nikmat yang ALLAH kurniakan. Emak, ayah, adik beradik dan anak saudara adalah kurniaan serta rezeki daripada Allah.

emak saya sangat suka bercucuk tanam, tanam bunga, tanam sayur. sangat rajin. katanya nak hibur-hiburkan hati dan dapat juga keluar peluh. mungkin itu rahsia awet muda emak saya..:))

Bunga ini hampir memenuhi laman rumah emak saya.  bunga-bunganya sangat cantik tetapi dahannya berduri.  metafora nya umpama anak gadis, yang cantik dipandang tetapi tidak boleh disentuh. Pastinya Allah tidak menjadikan duri itu dengan sia-sia. 
Ini pucuk labu. saya sangat menggemari masak lemak pucuk labu. bertambah lazat jika dicampur dengan  cendawan. subhanaallah. nikmat sungguh rezeki Allah memberi lidah untuk merasa segala nikmat makanan yang ada di dunia ini.
Buah mangga. Buah kegemaran saya.

saya masih ingat kenangan tentang buah mangga, semasa saya kecil, arwah datok saya  sering membelikan buah mangga untuk saya. masa tu zaman susah, jadi buah mangga yang dibeli sudah  busuk sedikit, namun masih ada bahagian yang boleh di makan.  Bahagian yang elok itulah emak saya potong dan berikan pada saya. Ya allah, semoga arwah datok saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman,  dan kami akan ditemukan semula di syurga firdaus kelak. InsyaAllah...

bunga kertas yang sedang cantik berbunga. indahnya ciptaan Allah. Subhanallah. Syukur juga dengan nikmat dapat melihat. Subhanallah..

sebab itulah saya sangat suka pulang ke kampung. selain tenang, dapat sama emak dan ayah, dapat juga melihat tanaman-tanaman yang cantik ini. pastinya setiap yang Allah cipta tidak ada yang sia-sia walau kadar kerlipan mata. Setiap ciptaannya adalah untuk kita berfikir dan mengakui dengan hati, lisan dan perbuatan bahawa hanya Allah yang maha berkuasa. Semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah.

Salam sejahtera kepada kalian semua








Thursday 26 April 2012

Rezeki

salam

Dengan nama allah yang maha pemurah dan maha penyayang

saya yakin dan percaya semalam merupakan hari yang menggembirakan untuk semua penjawat awam dengan penerimaan tunggakan gaji. Tersenyum lebar hingga ke telinga. di tempat kerja saya juga sudah ada desas-desus rakan-rakan yang ingin menukar kereta, ada yang mula merancang percutian, malah tak kurang sudah yang membawa barang jualan ke pejabat. Subhanallah...syukur dengan segala nikmat..

Lebih indah jika nikmat ini dikongsi dan disedekahkan, semoga Allah redha dan lebih mendapat keberkatan, insyaallah...

Sama-samalah kita menjadi hamba yang bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang dianugerahkan.

Ucaplah Syukur, Alhamdulillah...

salam sejahtera kepada kalian semua..

Wednesday 25 April 2012

7 amalan harian rasulullah


salam.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Saya sejujurnya sedang berusaha untuk mengaplikasikan setiap amalan rasulullah dalam kehidupan harian. semoga Allah redha dan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Rasulullah, Kekasih Allah, yang bernama Muhammad Bin Abdullah (Insan yang terpuji), merupakan nabi utusan terakhir, dan alangkah istimewanya kita diberi nikmat menjadi umat nabi utusan terakhir ini. SubhanaAllah, Maha suci Allah.

Saya sedih bila mengenangkan betapa kasihnya baginda kepada kita, betapa cintanya baginda kepada kita sebagai umatnya, hingga disebut-sebut sehingga hujung hayatnya. Dan saya bertambah pilu apabila terfikir, memandang diri sendiri betapa dhaifnya saya, miskinnya saya dalam mengikut semua sunnah baginda. Astagfirullah.

Oleh itu, saya suka nak mengajak diri saya dan semua pembaca untuk sedaya kita melaksanakan tujuh amalan harian baginda, iaitu :

1. Solat sunat tahajud. 
2. Membaca Al-Quran dengan tafsirnya.
3. Solat sunat Dhuha.
4. Solat berjemaah
5. Menjaga wuduk
6. Bersedekah (senyuman juga satu sedekah)
7. Istigfar. 

Semoga Allah redha dengan usaha kita dan Semoga kita semua mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. selamat beramal.

salam sejahtera kepada kalian semua

Tuesday 24 April 2012

Ombak


Salam.

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

1. Ombak tidak pernah jemu memukul pantai.

2. Kita sebagai hamba juga tidak sepatutnya jemu berusaha, berusaha dan terus berusaha menjadi hamba untuk menggapai MahabbahNYA..

selamat sejahtera kepada kalian semua

amal jariah

Salam

 Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang.

 1. Semoga Allah redha dengan penulisan saya.

 2. Kata-kata ulama 'amal jariah terbesar ialah penulisan' (langitilahi.com)

 3. Atas dasar itu,saya ingin beramal dengan menulis.dengan izin Allah jua,pastinya.

 4. Namun saya juga bimbang,tentang ilmu dan amalan saya yang belum cukup sempurna.

 5. Jadi besar harapan agar penulisan ini mampu mendidik diri saya khasnya dan mengajak pembaca sama-sama beramal demi mencari kesempurnaan walau kita hamba yang serba kekurangan dan sangat banyak kelemahan. 

6. Cukup setakat ini buat permulaan.

 Semoga penulisan saya ini mampu memberi manfaat kepada semua pembaca. Salam sejahtera kepada kalian semua.