Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.
Saya berkesempatan di bawa sahabat sekursus ke lembah bujang untuk melihat bekas peninggalan sejarah yang membuktikan bahawa Lembah Bujang pernah wujud sebagai Pusat Perdagangan Asia Tenggara dari kurun ke dua hingga kurun ke 14 Masehi.
Hari ini usia Lembah Bujang sudah 1800 tahun. SubhanAllah. Terima kasih kepada ahli Arkeologi dan pengkaji sejarah yang berusaha mencari kesan-kesan sejarah ini untuk diketahui dan dikenali oleh generasi muda.
Terdapat empat jenis candi di Lembah Bujang ini iaitu Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Lembah Bujang dan Candi Bendang Dalam. Candi-candi ini membuktikan kewujudan tamadun Hindu-Buddha di Lembah Bujang. sebelum melawat candi ini sahabat saya siap berpesan untuk membaca ayat kursi, syukur..
Candi Bendang Dalam |
Candi Bukit Batu Pahat yang merupakan antara candi terbesar di Lembah Bujang. |
Antara bahan artifak yang dipamerkan di Galeri Arkeologi Lembah Bujang. |
baca tentang camndi kat lembah bujang ni, teringat semula masa belajar sejarah zaman sekolah2 dulu..
ReplyDelete