Thursday, 20 December 2012

Labor omnia vincit

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar semua sahabat pembaca?
Moga semua sihat dan bahagia bersama yang tersayang..

Maaf beberapa hari ini tidak menulis di sini. Pelbagai perkara yang baharu berlaku dalam hidup saya beberapa hari ini...semuanya memberikan banyak pengajaran kepada saya.

Benarlah bahawa pengalaman tidak boleh dicipta, tetapi kita perlu mengalaminya..
Kita juga tidak mampu mencipta kesempurnaan dalam semua perkara. Tapi daripada setiap ketidaksempurnaan itu mampu menjadikan kita manusia yang semakin sempurna...

Syukur pada Allah dengan setiap nikmat dan ujian ini...

Berbalik kepada tajuk post saya hari ini 'labor omnia vincit' yang merupakan motto sekolah baharu saya.. Saya suka dengan motto ini yang membawa maksud 'usaha mengatasi segala-galanya'...

Betul..apa sahaja dalam kehidupan kita hari ini,kata kuncinya usaha. Daripada pagi kita berusaha bangun tidur untuk solat subuh, melawan hasutan syaitan supaya teruskan tidur. Berusaha ke tempat kerja. Berusaha dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba tuhan. Allahu akbar..usaha yang kita lakukan diiringi dengan redha dan izin Allah pastinya menjanjikan hasil dan nikmat yang membahagiakan...seperti pepatah Melayu usaha tangga kejayaan...

Kesimpulannya, dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, dalam apa sahaja ujian yang kita terima daripada Allah...kata kuncinya janganlah berputus asa..tetapi teruslah berusaha dan berdoa...

Labor omnia vincit sahabat!!!

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

Monday, 17 December 2012

Tazkirah 2

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat pembaca?

Maaf jika ada yang membuka blog ini tetapi tiada sebarang perkongsian.

Saya kongsikan kata-kata dari buku Ustaz Hasrizal 'secangkir teh, pengubat letih',

"Siapa kita menentukan cara kita melihat, kesannya apa yang kita lihat, menentukan apa yang kita dapat"

Kesimpulannya, pandanglah sesuatu dengan positif dan sentiasa bersangka yang baik-baik sahaja...hidup ini sekali sahaja, maka nikmatinya dengan penuh kesyukuran, sambil mengumpul bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal di sana..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..

posted from Bloggeroid

Tuesday, 11 December 2012

Kebenaran

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Apa maksud kebenaran? Kebenaran daripada perkataan tunggalnya 'benar'.

Saya petik daripada kitab Riyadhus Sholihin (taman orang-orang soleh) kebenaran bermaksud benar dalam bicara dan benar juga dalam perbuatan. Makna lebih jelas, kebenaran ialah Kata-kata yang kita ucapkan seiring dengan perbuatan yang kita lakukan.

Secara ringkas, seseorang itu dikatakan benar jika ucapannya selaras dengan amal perbuatannya. Jika tidak, manusia itu dianggap berdusta atau kadzib (Riyadhus sholihin).

Contohnya,kita cakap kita islam, kita beriman, tetapi kita tidak solat, kita tidak puasa, kita tak menutup aurat, jadi cukupkah iman dan islam kita jika hanya mengucap dua kalimah syahadah? Hanya pada ucapan tetapi tidak pada amal perbuatan. Nauzubillahi min zalik.

Sama-sama kita fikirkan. Adakah kita 'benar' dalam kehidupan kita, atau kita masih terus berdusta dengan diri kita sendiri?

Benar dalam ucapan dan amal perbuatan akan menunjukkan kita jalan kebajikan dan kebaikan. Jalan kebajikan dan kebaikan ini yang akan memandu kita kepada Syurga Allah...bukankah syurga itu tujuan hidup kita yang sebenar sahabat?

Wallahu a'lam

Moga ada manfaatnya

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Monday, 10 December 2012

Tazkirah 1

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

Tazkirah kepada diri dan semua sahabar.

Jangan mudah rasa sempurna. Sedangkan kesempurnaan hanya milik yang Maha Pencipta. Tetapi, Berusahalah menyempurnakan keimanan kita kepada Yang Esa.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Monday, 3 December 2012

Cuti

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjunga besar nabi Muhammad SAW

Hari ni dah pun 3 Disember..cepatnya masa berlalu..

Saya masih di kampung..cuti sekolah yang panjang memang dimanfaatkan dikampung bersama emak dan ayah..

Bila difikirkan penatnya tugas sebagai seorang suri rumah..lebih penat dari pergi kerja..kerja yang tiada cuti..tiada gaji..tp nilainya di sisi Allah semestinya sangat tinggi kerana menguruskan rumah dengan sepenuh hati untuk keluarga tersayang.

Apa pun kita kena bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan...

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

Thursday, 29 November 2012

Mata

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

Apa khabar semua? Lama saya tak menulis di sini...kemahiran menulis perlu di asah setiap hari, jika tidak lama kelamaan kemahirannya semakin tumpul..tetapi kadang kala saya kurang nijak

Mata. Pancaindera yang Allah kurniakan pada kita. Sebiji mata merupakan nikmat anugerah terbesar untuk kita sebagai hambaNYA...



Emak saya selepas melakukan sedikit pembedahan katarak dan membuang selaput..
Syukur semuanya berjalan lancar..

Moga emak saya cepat sembuh dan dan dapat menggunakan mata yang kembali terang untuk membaca Al Quran dan beribadat kepadaNYA...

InsyaAllah...amin

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca.

posted from Bloggeroid

Monday, 26 November 2012

Perkara yang sia-sia

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"muslim yang baik itu meninggalkan perkara yang tidak berfaedah baginya" (HR Tirmidzi, Hassan)

Cuti sekolah yang panjang, cuti semester universiti yang berbulan-bulan menimbulkan kerisauan. Cuti yang terlalu panjang juga mengurangkan kompeten generasi muda ini.

Melihat generasi muda yang tidak berusaha mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah. Amat-amat membimbangkan...

Banyaaaaaak masa dihabiskan dengan perkara yang tidak bermanfaat. Mungkin ada yang tidur berlebihan sehingga matahari tegak di kepala. Mungkin ada pula yang menonton televisyen sepanjang masa, dengan hidangan drama Melayu yang sangat-sangat membimbangkan. Mungkin ada yang berpeleseran bersama rakan di pusat-pusat membeli belah.

Masalah ini harus dipandang berat oleh ibu bapa. Komunikasi dan perbincangan harus wujud untuk mengisi masa yang terluang bagi mengisi jiwa, rohani, jasmani dan intelek anak-anak muda ini.

Selak kembali manual kehidupan yang hakiki iaitu Al-Quran daripada surah Al-Asr yang bermaksud

"demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran"

Masa yang berlalu tidak akan mampu diputar kembali. Bangkitkanlah jiwa generasi muda ini Ya Allah...sedarkan mereka YaAllah yang hidup bukan sekadar makan, tidur, dan berhibur tetapi lebih daripada itu, hidup ini adalah perjalanan yang panjang untuk diisi dengan segala amalan dalam mengakui hakikat kita diciptakan sebagai 'insan'.

Ayuh semua sahabat pembaca, ayuh semua generasi muda yang sedang bercuti panjang sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah yang membawa kita dekat dengan akhirat, agar kita tidak disibukkan dunia yang menyebabkan kita sesat...

Jadilah manusia, insan yang bermanfaat untuk manusia sekeliling kalian semua...

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Saturday, 24 November 2012

23 november 1983

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Semalam merupakan hari kelahiran saya di dunia. Fasa ketiga selepas alam roh dan alam rahim.

Syukur dengan nikmat Allah.
Nikmat iman dan islam
Nikmat kasih sayang dariNYA dan diberikan kepada emak dan ayah saya yang menjaga saya sejak kecil dengan penuh kasih sayang.
Nikmat bernafas. Nikmat kesihatan. Nikmat menuntut ilmu. Nikmat kejayaan dan kegagalan..dan segala nikmat yang terlalu banyak untuk saya syukuri sebagai hamba kepada pencipta yang berkuasa memberikan segala nikmat ini...

Syukur Ya Allah atas segalanya...
Moga pertambahan umur menjadikan saya semakin matang dengan tahap keimanan yang semakin teguh dan utuh dalam perjalanan sebagai hamba kepada pencipta demi mencari kejayaan dunia n akhirat...insyaAllah...amin

*
Saya di Terengganu sekarang...sejak semalam sampai kerana meraikan hari konvokesyen anak saudara di INSTEP. semalam sempat membawa emak dan ayah ke taman tamadun islam



Syukur dengan hadiah dua insan ini yang sepanjang kehidupan saya di dunia mereka memberikan kasih sayang dan sokongan dalam semua hal. Ya Allah kurnikan mereka rahmat dan kasih sayangMU. Mereka telah menjaga amanahMU ini dengan baik ya Allah...

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

Thursday, 22 November 2012

Gaza

Salam semua

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta nabi Muhammad SAW







Teruskan berdoa untuk mereka..

Salam sejahtera untuk semua..

Kredit tumblr

posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 November 2012

Pengalaman viva voce

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah wa syukurillah...
Alhamdulillah dan syukur adalah sebaik-baik perkataan yang menggambarkan keseluruhan perasaan.


Sebelum viva.
Petang tadi jam 3 saya ada sesi viva voce. Syukur dengan nikmat Allah. Saya lulus. Apabila pengerusi mengucapkan tahniah,air mata saya bertakung juga. Tapi saya kawal sebab dalam bilik tersebut hanya saya seorang perempuan. Supervisor dan 3 orang pemeriksa semuanya lelaki. Syukur.

Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dengan semua sahabat pembaca. Moga ada manfaatnya.

Persediaan sebelum viva
1. Apabila selesai proses penghantaran thesis untuk semakan. Sahabat boleh mula membuat power point untuk 'present' semasa viva. Tempoh presentation biasanya 15 ke 20minit. Jadi tak perlu sediakan page terlalu banyak. Cukup sekadar 20 ke 23 page. Anggaran 1 page 1 minit beserta huraian.
Hanya letak isi penting selebihnya huraikan dengan membina 'eye contact' dengan semua pemeriksa.

2. Selain itu Saya membaca thesis saya sebanyak tiga kali (atas cadangan beberapa rakan). Saya buka balik buku-buku methodologi dan teori. Kerana saya paling bimbang bab methodologi dan teori.

3. Tidak perlu terlalu gusar. Tempuhi sahaja seperti proses biasa. Jika ada kesilapan. Itu adat orang menuntut ilmu pastinya ada kesilapan. Banyakkan solat hajat. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan, ditemukan dengan pemeriksa yang lembut hati (doa ini termakbul untuk saya) Dan bersedialah sehingga menerima tarikh viva.

Hari viva


Bilik viva yang selesa dan tidak menakutkan.

1. Mohon restu emak ayah. Datang awal.
Berpakaian kemas dan selesa. Pastikan perut tak lapar. Pastikan fizikal kita dalam keadaan terbaik. Sementara menunggu para pemeriksa berselawatlah, beristigfar dan bacalah ayat kursi.

Semasa viva

1. Mulakan dengan ucapan selamat dan Terima kasih kepada semua pemeriksa. Mulakan pembentangan dengan penuh yakin dan senyuman.
2. Pandang wajah setiap pemeriksa dan elakkan terlalu memandang slide presentation.
3. Semasa sesi soal jawab ucaplah terima kasih bagi setiap soalan dan berikan jawapan dengan tenang. Sekiranya tak faham. Mohon pemeriksa ulangnya kembali. Pengalaman saya petang tadi ada juga soalan yang mengelirukan saya dan tidak dapat saya jawab. Tapi syukur pemeriksa pastinya memahami keadaan kita.

Selepas viva.

Selepas lulus. Tak kisah minor or major. Berehatlah sehari dua menikmati kejayaan menuntut ilmu Allah yang maha luas.
Kemudian fokuslah untuk proses pembetulan.

Ramai sahabat yang bertanya susah tak nak sambung master?
Soalan ini sukar saya jawab. Kerana laluan dan takdir setiap daripada kita berbeza. Cabarannya berbeza-beza. Ada yang nampak mudah. Ada juga nampak macam terlalu sukar. Cuma yang boleh saya kongsikan nikmati setiap saat. Kerana tiada siapa yang memaksa kita menyambung master. Itu kehendak kita sendiri. Jadi nikmatinya. Belajar semata-mata kita ingin menuntut ilmu. Salah dan silap adalah normal selagi kita bergelar pelajar.

Sebelum sambung pengajian letaklah matlamat yang jelas. Yang benar-benar jelas sebab kita menyambung pengajian. Matlamat yang jelas ini sangat-sangat penting agar apa sahaja dugaan yang mendatang, yang tidak terduga tidak membantutkan pengajian kita. Sekali melangkah teruskanlah hingga ke garisan penamat.
Selepas matlamat dah jelas. Tanamlah semangat juang yang tinggi.
Selebihnya berusaha berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Menuntut ilmu, mengejar kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi satu perjalanan yang panjang...

Syukur dengan nikmat Allah. Terima kasih kepada sahabat pembaca yang mendoakan.

Selamat maju jaya untuk semua.
Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. Kerana Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu selagi mana ilmu tersebut dimanfaatkan dan tidak menimbulkan sombong dan riak...

Ilmu yang kita ada hari ini sekadar setitik air di hujung jari di tengah lautan tak bertepi.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Sunday, 18 November 2012

Selamatkan palestin

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Gaza kembali menangis
Sejak sambutan tahun baru 1434h, 1 muharram lepas Gaza di bom dan diserang sehingga hari ini hampir membabitkan beratus kematian. Rejim zionis laknatullah menyerang pemimpin tertinggi Hamas dengan misi mereka untuk melumpuhkan sekurang-kurangnya 50% semangat rakyat palestin. Tetapi Palestin tidak bersendirian. Seluruh dunia menyokong mereka. InsyaAllah

Jadi apa tindakan kita sahabat?
Pergi ke palestin turut berjuang mungkin di luar kemampuan kita.
Berdoa. Cukup sekadar berdoa?
Tanpa sebarang tindakan.
Sedangkan saudara seagama kita di sana dibedil setiap hari.
Isu palestin bukan lagi isu agama. Bukan lagi isu islam semata-mata. Tapi isu sejagat. Isu dunia yang harus kita fikirkan dan bertindak mengikut kemampuan kita. Saya sedih. Menulis ini juga membuatkan air mata mengalir. Apalah yang mampu saya lakukan? Kelak apabila disoal apalah jawapan saya? Cukupkah sekadar berpeluk tubuh dan memikirkan periuk nasi sendiri sahaja?


Palestin yang negaranya di sebut dalam alquran. Dalamnya terdapat antara masjid ketiga paling agung buat umat islam selepas masjidil haram di makkah dan masjidil nabawi di madinah iaitu masjidil aqsa.

Sekali lagi blog ini medium saya. Tempat saya sebar luaskan isu palestin. Moga ada keberkatanNYA...InsyaAllah
Islamic Relief Malaysia antara NGO yang aktif memberi sumbangan kepada rakyat Palestin bagi mewakili rakyat Malaysia. Selepas gaza di bom sejak 1 muharram Lepas Islamic Relief Malaysia telah menubuhkan tabung kecemasan dan sasaran kutipan dari rakyat Malaysia sebanyak US Dolar 1 Juta bersamaan Ringgit Malaysia 4 juta.

Sumbangan ini penting terutamanya untuk bekalan ubat-ubatan bagi rakyat palestin. Jadi sahabat inilah lorong dan corong yang kita ada untuk membantu saudara kita di Palestin.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:
Islamic Relief Malaysia
Bank islam : 1202 9010 0656 43
Maybank : 5621 4270 8704
Cimb : 1259 0000 804 058

Ayuh sahabat. Jangan berlengah lagi. Bertindaklah sekarang. Bantu saudara kita. Salurkan bantuan kepada saudara kita di Palestin.




Sahabat boleh juga membaca artikel Dr Zaharuddin di
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/789

Ada doa qunut yang disarankan kita membacanya. Sahabat bolehlah salin dan amalkan.

Usaha yang sedikit ini tidak mampu melegakan hati dan jiwa. Tetapi yang penting kita bertindak dan berusaha.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Thursday, 15 November 2012

Tahun baru

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Salam maal hijrah kepada semua sahabat pembaca.

Selamat tinggal 1433H. Segala amalan baik yang kita lakukan tahun lepas, teruslah istiqomah dengannya. Segala yang amalan yang tidak membawa sebarang faedah kita tinggalkan.

Hari ini 1 muharam 1434H.

Apa impian sahabat semua? Apa azam tahun baru sahabat semua? apa penghijrahan yang ingin dilakukan? Bagaimana kita melalui 1433H yang lepas? Apa yang ingin kita corakkan dalam kehidupan kita setahun yang mendatang?

Ambil lah masa sahabat dan rancanglah kehidupan yang bernilai di sisi Allah.

Tinggalkan segala yang sia-sia

Moga-moga kehidupan kita untuk setahun yang mendatang ada nilai disisiNYA untuk menjadi hambaNYA yang sejati

Selamat menyambut maal hijrah
Sambutan yang bukan sekadar cuti umum atau menonton sambutannya di televisyen.
Tetapi lebih daripada itu untuk kita muhasabah memikirkan apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas dan apa yang akan kita lakukan setahun yang mendatang dalam usaha menjadi hamba Tuhan yang sejati

Salam 1 Muharam 1434H untuk semua sahabat pembaca.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 13 November 2012

Gelap

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

Apa yang sahabat pembaca fikirkan, bayangkan bila berada dalam keadaan gelap gelita?

Dalam fikiran dan bayangan saya hanya satu, iaitu....

KEMATIAN!!!

Kubur yang Gelap gelita. Tiada nama,pangkat atau harta yang dibawa. Hanya semata-mata amalan di dunia.

TAKUT????

Takut....sangat takut...astagfirullah...

Sahabat semua bayangkan...tak perlu lama...pejamkan mata cukup dalam 10 saat...apa yang terfikir di minda waktu gelap?

**

Saya di kampung sekarang. Bekalan eletrik terputus sekejap. Mungkin setengah jam. Mungkin 1 2 jam. Mungkin juga hingga pagi esok.

Kegelapan ini mencipta satu rasa.

Rasa takut...

Membayangkan kematian
Ya Allah moga kami semua kelak tidak menjadi hamba yang menyesal merayu dikembalikan ke dunia untuk beramal ibadat...
Sekaranglah masa dan tikanya...dunia tempat kita menanam supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak di syurga firdaus...insyaAllah

Sekali sekala nikmat kegelapan ini mampu menyentak akal dan jiwa untuk berfikir. Syukur

Astagfirullah al azim...

Moga keampunan mu rabb sentiasa bersamaku dan semua sahabat pembaca..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Saturday, 10 November 2012

Majlis perpisahan

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Apa khabar kawan sahabat pembaca semua?

Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang sayang Allah

Semalam, jumaat hari terakhir persekolahan. Kelab guru sekolah saya mengadakan majlis perpisahan untuk guru yang bertukar. Termasuk saya ada lima guru yang diluluskan pertukaran mereka. Ada yang bertukar ke sabah, ke terengganu, saya sendiri ke melaka, dan dua orang rakan guru lagi bertukar antara daerah. Syukur dengan nikmat Tuhan.



Maaf gambar kurang jelas. Saya sedang berucap memohon maaf dan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru smk pandan indah. Saya bahagia di sekolah ini. Moga sekolah baru saya kelak guru-gurunya juga bersemangat dan bekerjasama.amiin...


Hadiah penghargaan. Terima kasih dan syukur. Bersama puan pengetua saya.. Saya gembira dan positif dengan pengetua saya ini. Beliau baru sahaja enam bulan berkhidmat di pandan indah. Tetapi saya selesa dengan pendekatannya.



Bersama ketua bidang bahasa. Cikgu jamil namanya. SubhanaAllah sangat pakar tentang bahasa. Luas pengalamannya. Tegas juga dengan pendiriannya. Banyak yang saya belajar daripada cikgu ini. Sehinggakan kadang kala saya berasa tiga tahun di pandan indah seolah-olah detik permulaan saya mengenali kerjaya guru yang sebenar.

Kesimpulannya, pertukaran kali ini benar-benar membuatkan jiwa saya sebak. Hati saya merintih. Kerana saya akui yang saya meninggalkan sekolah yang bagus, paling penting rakan guru yang gigih, dedikasi dan kerjasama tanpa mengira had umur. Tetapi pastinya bertemu dan berpisah adat dalam sebuah pertemuan.

Syukur dengan segala-galanya...
Maaf jika tulisan kali ini seolah-olah seperti luahan. Tapi ya, memang ingin saya kongsikan betapa pandan indah telah mengajar dan mendidik saya sehingga terbit rasa cinta dalam dunia perguruan. Bila saya singkap kembali penghijrahan saya ke selangor tiga tahun lepas telah membawa titik perubahan yang besar dalam hidup saya hingga hari ini.

Syukur dengan segala nikmat. Tiada nikmat yang hendak didustakan
Segalanya terjadi tidak pernah dengan sia-sia


Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Thursday, 8 November 2012

sederhana

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

Apa khabar sahabat semua? semoga sentiasa ceria dengan limpahan rahmat dan nikmat Allah yang terlalu banyak.

saya kongsikan Ayat Allah dari surah Al-Hadid ayat 23  yang bermaksud :

"Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri''

Petikan ulasan firman Alquran di atas daripada buku 'Bila Allah Menduga Kita':Syed Alwi Alatas: 


'Pada kenyataannya,rasa senang yang berlebihan boleh membuatkan kita lalai dan lupa diri.Di satu pihak,kegembiraan itu boleh membuat kita lupa untuk bersyukur.Kita lupa dengan siapa yang telah memberikan nikmat itu kepada kita dan kita meletakkan semua kemenangan dan kejayaan kita sepenuhnya atas kemampuan kita sendiri.Orang yang gembira secara berlebihan biasanya berkecenderungan tinggi untuk berbangga diri.Sekiranya dia menyedari bahawa segala sesuatu itu datang dari Allah,tentu dia tidak perlu merasa kesenangannya secara berlebihan, yang akan membuatkan seseorang lupa dengan kemungkinan yang akan dihadapinya di masa depan'[m/s:85]


Ingatan ini penting untuk saya khasnya yang diuji dengan nikmat Allah yang diluluskan pertukaran. moga saya dan semua sahabat sentiasa bersederhana dengan segala nikmatNYA..sehingga tidak menimbulkan segala kesombongan...hanya DIA sahajalah pemilih seluruh alam ini..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..


 kredit :  http://knowledgesharingaroundtheworld.blogspot.com

Tuesday, 6 November 2012

Pandan Indah

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Apa kahabar sahabat semua? Moga sentiasa ceria dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang maha pencipta.

Beberapa hari lagi di pandan indah meninggalkan rasa sebak juga di jiwa saya. Sejak isnin ramai sahabat sekerja mengucapkan tahniah, ada yang bertanya kenapa ke Melaka tidak ke Pahang, ada yang berkata muka lebih ceria daripada biasa. Ye itulah hakikatnya, nikmat dari Allah yang tidak mampu saya sembunyikan kesyukurannya. Kesyukuran yang maha tinggi kepada pencipta dan pemilik seluruh alam ini.

Tiga tahun di pandan indah meninggalkan kesan yang positif dalam diri saya sebagai pendidik. Banyak perkara yang menginspirasikan saya. Benarlah penghijrahan akan menjadikan manusia itu lebih baik dari sebelumnya. Keadaan tersebut benar-benar berlaku dalam hidup saya. Syukur Tuhan.

Setahun setengah yang pertama di pandan indah saya tinggal di upm kerana menyambung pengajian. Banyak juga konflik semasa itu berkaitan tempat tinggal, tambahan saya cerewet juga untuk mencari rumah sewa jadi pilihan menetap di upm adalah terbaik. Dalam tempoh tersebut saya bertemu dengan dua kali cuti semester. Setiap cuti semester, saya Terpaksa mengangkat barang pindah ke bilik sementara, Sendirian, Keesokan paginya ke sekolah seperti biasa seolah tiada sebarang kesulitan. sering saya bisikkan pada diri saya 'sabar indah, fikirkan kejayaan yang akan digenggam selepas ini, sabar'. Allahubakbar bila dikenang kembali menimbulkan rasa sebak.

Setahun setengah lagi apabila semua pelajar post grad sudah tidak dibenarkan tinggal di hostel saya menetap di rumah abang saya. Syukur. Benarlah disebalik kesulitan ada kesenangan. Yang penting sabar dan solat. Kesulitan, ujian dan dugaan menjalani kehidupan di sini membuatkan saya bertemu 'jalan pulang'. Bertemu rakan sekerja yang positif Menimbulkan rasa kecintaan dalam dunia pendidikan.

Hakikatnya penghijrahan saya selama tiga tahun di bumi selangor, bertugas di smk pandan indah, menemukan saya dengan diri saya sebenar. Menemukan saya dengan hakikat saya diciptakan sebagai hambaNYA. Menemukan saya dengan kebahagiaan dan ketenangan.

Terlalu banyak ilmu, keyakinan, kecintaan dalam bidang pendidikan yang saya kutip di sini. Inilah semangat yang akan saya bawa ke Melaka pula.

Inilah permulaan perjalanan kehidupan untuk fasa yang seterusnya. Pastinya wujud dugaan dan ujian dari sisi yang berbeza. Tetapi hanya padaNYA saya berserah. Kerana inilah terbaik untuk saya.

Setiap yang terjadi tidak pernah berlaku dengan sia-sia.



Bersama sahabat baik yang akan saya tinggalkan. Beliaulah yang tolong semakkan pertukaran saya. Beliaulah yang sudi mendengar cerita-cerita saya. Beliaulah yang kadang kala membuatkan saya rasa selesa. Moga segala kebaikannya pada saya Allah balas dengan ganjaran pahala. Moga sahabat saya ini juga diizinkan bertukar ke bangi. Tolong aminkan sahabat. Moga sahabat saya ini sihat dan diberikan rezeki yang melimpah. Amin. Ya rabbal alamin.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Sunday, 4 November 2012

Pertukaran

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Apa khabar sahabat pembaca semua?

Moga sentiasa sihat dan ceria.

Hari ini saya mulakan hari seawal 4.30 pagi. Saya tidak lena tidur semalaman memikirkan keputusan pertukaran. Astagfirullah.

Keputusan pertukaran sepatutnya pada 3hb 11. Sahabat saya seawal jam 12.05 malam 3hb, meseg saya dengan memberitahu masih dalam proses. Saya meminta tolong sahabat saya untuk semakkan keputusan pertukaran saya.

Seawal pagi Jam 6.45 pagi saya bergerak ke sekolah kerana ada mesyuarat akhir guru dan jamuan akhir tahun guru di restoran berputar, Menara Kuala Lumpur. Berkali-kali saya dan beberapa sahabat membuka web eg tukar..tetapi masih dalam proses.. SubhanaAllah sangat menguji tahap kesabaran dan keimanan saya..

Rupa-rupanya terdapat sedikit masalah teknikal dan keputusan hanya boleh mula di semak jam 8.30 malam pada 3hb11.

Selesai majlis jamuan di menara kuala lumpur..saya bergerak pulang ke melaka. Sedang saya leka mengemas..sekitar jam 1050 malam sahabat saya meseg mengucapkan tahniah kerana saya dapat bertukar..syukur. Air mata mengalir deras..akhirnya tuhan memakbulkan doa saya..doa emak saya.. Tuhan mendengar doa saya. Tuhan mendengar rayuan saya. Lantas saya segera menghubungi emak mengkhabarkan berita gembira ini..segera emak saya mengingatkan agar membuat solat sunat syukur.

Ya Allah..saya bersyukur dengan nikmat ini.
Moga pertukaran ini meningkatkan lagi keimanan saya dan Menjadikan saya guru yang lebih cemerlang dunia akhirat.

Terima kasih atas doa semua sahabat pembaca
Terima kasih kerana mengaminkan doa saya.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Thursday, 1 November 2012

lurus

salam

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

apa khabar sahabat semua

moga sentiasa sihat dan bahagian dengan keimanan yang sentiasa memuncak..insyaAllah..


salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..

Monday, 29 October 2012

Raya korban dan emak ayah

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

Apa khabar sahabat semua? semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera...

Maaf kerana beberapa hari menyepi..saya tidak dapat update  kerana Tab saya 'hang'...entah di mana silapnya..itupun masih belum dibaiki, syukur masih dalam warranty jadi bolehlah dihantar semula kepada samsung untuk diperbetul..sedikit kesulitan apabila wujud kebergantungan kepada teknologi...

jadi saya mohon maaf kepada semua sahabat pembaca, jika ada yang sudi membuka blog ini tetapi kecewa kerana tiada sebarang perkongsian...:))

Hari khamis minggu lepas, 9 zulhijjah, pagi-pagi lagi saya dan emak ke pasar untuk membeli ayam, daging lembu awal-awal lagi ayah saya telah tempah. ramai sungguh orang, sehinggakan felda yang bebas dari kesesakan lalu lintas, pagi itu sesak...syukurlah saya dan emak keluar seawal pagi..

Di pasar saya terdengar perbualan dua orang pakcik, berbual hendak membeli ayam kerana katanya nak menjamu anak-anak yang nak balik beraya, seorang pakcik tersebut dialognya begini :

'nak beli ayam, jamu anak-anak, ikut depa la nak masak apa'

saya tersenyum sendirian, mungkin pakcik ini asalnya dari Kedah.

Dalam masa yang sama saya terfikir, begitulah semangatnya ibu bapa membuat persiapan menanti kepulangan anak-anak pulang ke kampung halaman.. Emak saya sendiri bila mendengar anak-anaknya nak balik, sibuk membeli lauk, memenuhkan peti ais, supaya senang apabila nak masak semua dah ada, macam-macam kuih hendak dibuatnya, tangan yang sakit pun dah tak terasa kesakitannya dek kerana terlalu seronok dengan anak-anak yang ramai balik..Saya yakin dan pasti emak ayah sahabat pembaca juga begitu..Allahu Akbar, sesungguhnya kasih mereka membawa ke syurga..

Bagi saya mungkin itu makna meriahnya raya bagi ibu bapa, apabila anak-anak semua balik dan berkumpul di rumah...Bahagianya hati mereka Tuhan sahajalah yang tahu..

tetapi balik ke kampung menziarahi ibu bapa tidak semestinya hanya di musim perayaan..baliklah seberapa kerap yang boleh, seminggu sekali, dua minggu sekali, sebulan sekali tapi janganlah sampai hanya setahun sekali...

Saya teringat kata-kata Dato Dr Fadzillah Kamsah di salah satu siaran radio katanya,

'jika anak-anak tidak menziarahi atau menghubungi ibu bapa, sehingga ibu bapa merindui anak-anak, takut-takut anak tersebut menjadi anak derhaka' nauzubillahi min zalik..wallahu a'lam...

Jadi sama-samalah kita saling berpesan-pesan agar sentiasa menggembirakan hati ibu bapa..mendoakan mereka dan menjadi anak yang soleha dan solehah untuk mereka mengikut semampu kita...

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..

p/s : tolong aminkan doa ini sahabat, ya Allah luluskanlah pertukaran indah eyah abu samah ke melaka pada tahun ini..amin..amin..amin.. ya Allah..terima kasih sahabat :)))









Thursday, 25 October 2012

9 Zulhijjah 1433

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat pembaca semua?

Hari ini 25 oktober 2012 bersamaan 9 zulhijjah 1433. Sejak semalam lagi umat islam yang dijemput Allah menjadi tetamuNYA telah berkumpul di padang arafah untuk menunaikan beberapa rukun wajib haji.

Bagi kita yang berada di tanah air, digalakkan berpuasa pada 9 zulhijjah ini. Kerana terdapat hadis sahih yang menyatakan berpuasa pada 9zulhijjah ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun akan datang dan setahun sebelumnya. SubhanaAllah. Besar sungguh nikmat yang Allah berikan terutama bagi kita yang penuh dengan dosa dan noda ini.

Jadi ayuh sahabat. Kita berpuasa hari ini. Niatlah semata-mata kerana Allah. InsyaAllah


Sepatutnya post ini saya postkan semalam. Jadi jika ada sahabat yang ingin berpuasa hari ini,boleh bersedia.. Tetapi saya gembira juga apabila ada dihebah-hebahkan di media massa tentang puasa arafah pada hari ini, dan galakan agar kita melaksanakannya. Syukur dengan amalan saling berpesan-pesan tersebut.

Semalam sekolah saya mengadakan majlis graduasi untuk pelajar tingkatan lima. Graduasi umpama mekanisme yang digunakan oleh pihak sekolah untuk menaikkan semangat pelajar supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan awam SPM menjelang 5 november kelak. InsyaAllah. Moga-moga pelajar ini diberikan kejayaan dunia dan akhirat. Amin.




Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca
posted from Bloggeroid

Tuesday, 23 October 2012

kelelahan

salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW

apa khabar sahabat pembaca?

moga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu


'No matter how long the day, it ends with night, so does life'

kelelahan namun harus terus bergerak walau kelelahan lelah mengikuti

salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

kredit pictures : umarmita@langitilahi


Sunday, 21 October 2012

Tentang doa

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat semua? Tentunya seronok cuti hujung minggu bersama keluarga dan emak ayah tercinta. Setiap daripada kita pastinya ada doa-doa khusus yang sering diungkapkan. Yang sering dimohon kepada yang maha berkuasa. Hari ini saya nak kongsi dua kisah tentang doa yang sering saya ungkapkan.

Tentang doa 1:

Inilah kisah tentang doa saya yang pertama, berdoa tanpa lelah agar pertukaran saya ke melaka pada tahun ini diluluskan. Amin

Sepatutnya hari ini keputusan pertukaran keluar, tetapi tarikhnya ditunda kepada 3hb 11 ini. Ya Allah, pagi tadi berdebar-debar juga saya sewaktu ingin melihat keputusannya, Ya Allah,hanya kekuatan dan kesabaranNYA sahajalah yang saya pohon supaya tetap redha dan terus berdoa walau apa sahaja keputusannya. Berdoa dan terus berdoa. Berharap dan terus berharap hanya kepadanya yang maha pencipta.

Sebagaimana ayat Allah, dari surah Al-A'raf yang bermaksud :

"berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah diciptakan dengan baik. Berdolah kepadaNYA dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan" (surah Al-A'raf ayat 55&56)

Ye, saya akan terus berdoa, saya akan terus berdoa dengan penuh pengharapan. Berdoa agar pertukaran saya diluluskan pada tahun ini. Kerana hari ini itulah senjata yang saya ada selepas berusaha pelbagai cara. Hanya DIA lah yang maha berkuasa atas segala-galanya. Saya yakin doa saya didengari dan akan dimakbulkanNYA.

Kerana janji Allah itu benar.
"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan".

Tentang doa 2:

Doa saya yang kedua, yang tidak putus saya mohon agar saya mendapat pemeriksa thesis yang lembut hatinya. Amin.

Menyemak thesis saya dengan niat membantu bukan membantut. Jumaat lepas, supervisor saya meseg seawal pagi, mohon saya buat appoitmen dengan salah seorang pensyarah, lantas dihantar sekali nombor hp pensyarah tersebut. Supervisor saya hanya cakap dapatkan tips untuk viva dari pensyarah tersebut.

Hati saya terdetik, Ya Allah, Tuhan mendengar doa saya.

Saya hanya mengeyakan, dan lantas segera menelefon pensyarah tersebut dan appoitmen dibuat pada isnin ini,22hb, esok petang. Saya berdebar-debar juga untuk esok. Tertanya-tanya peranan pensyarah tersebut. Kerana keadaan ini seolah-olah ganjil di fikiran saya. Supervisor mohon jumpa pensyarah lain untuk dapatkan tips viva,sedangkan supervisor saya sendiri boleh memberikan tips tersebut. Allahu Akbar, hanya DIAlah yang maha berkuasa.

Saya paling ingat pesanan Prof Muhaya, lulus atau gagal kerja Allah, kita hanya mampu berusaha dan lakukan sehabis baik. Apa yang pasti setiapa yang terjadi, itulah yang terbaik untuk kita. Dan saya sentiasa berusaha untuk positif, hanya berfikir tentang keimanan, kejayaan, kebahagiaan dan kecemerlangan.

Walau apapun hanya masa yang menentukan segalanya.

Saya akan berdoa dan terus berdoa. Selepas diiringi dengan usaha, doa dan tawakallah senjata yang ada.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca.

posted from Bloggeroid

Friday, 19 October 2012

Salam Jumaat

Salam

Dengan Nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Salam jumaat sahabat pembaca semua.

Hari jumaat merupakan hari raya mingguan bagi kita semua umat islam..

Terdapat beberapa perkara sunat yang digalakkan kita untuk melasanakannya..


Ayuh sahabat, kita suburkan amalan ini...moga-moga ada manfaatnya..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..

Thursday, 18 October 2012

nothing

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

apa khabar sahabat pembaca? moga sentiasa dalam kebahagiaan dan kegembiraan.


Nikmat terbesar dalam hidup kita sebagai manusia adalah nikmat iman dan islam..
Allahu Akbar...Ya Rabbi, Engkau yang maha berkuasa atas segala-galanya di muka bumi ini..
Ya Rahman, Milik Engkau lah segala isi langit dan bumi..

sekadar saling berpesan-pesan
bahawa kita hanya hamba
segala milik kita hanyalah pinjaman dari Allah..
kelak kita ke Sana hanya amalan yang dibawa sebagai bekal..
saya tinggalkan anda untuk fikirkan..
cukupkah bekalan yang ada???

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

Tuesday, 16 October 2012

Zulhijjah

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat pembaca? Moga sentiasa ceria dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam kehidupan sehari-hari untuk Mencari bekalan secukup-cukupnya bagi kehidupan di sana yang lebih kekal abadi.

Esok rabu, 17 oktober 2012 bersamaan dengan 1 zulhijjah 1433hijrah. Malam tadi dah pun diumumkan bahawa hari raya aidil adha pada hari jumaat 26 oktober 2012.

Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan semasa 10 awal bulan zulhijjah adalah menunaikan haji. Sebagaimana yang kita semua ketahui, bulan zulhijjah adalah bulan menunaikan haji di kota suci Makkah. Hari ini hampir 3 juta umat islam berkumpul di kota Mekah sementara menunggu hari wuquf minggu hadapan. Moga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur. Insyaallah. Amin. Sebagaimana hadis nabi bahawa tiada sebaik-baik ganjaran bagi yang memperoleh haji mabrur selain daripada syurga Allah. Namun,menunaikan haji ini adalah untuk yang berkemampuan dari segi kesihatan dan kewangan. Berdoalah moga kelak kita juga dijemput menjadi tetamu Allah. InsyaAllah. Amin.

Selain itu, kita juga digalakkan melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban ini hukumnya sunnah muakkadah, iaitu sunat yang dituntut. Seperti hadis :

"Tiada amalan anak adam yang lebih disukai Allah pada hari raya korban selain daripada berkorban iaitu menyembelih binatang korban" (hadis riwayat Abu Daud dan Al Tirmidzi)

Tapi ikutlah kemampuan kita, sekiranya tidak mampu dari segi kewangan. Ada juga amalan yang mudah kita lakukan seperti berpuasa dan perbanyakkan juga amalan berzikir. Seperti hadis :

"Tiada hari yang lebih dicintai disisi Allah dan tiada amalan padanya yang lebih disukai Allah daripada hari sepuluh ini. Maka perbanyakkan tahlil, takbir, Sesungguhnya ia merupakan hari tahlil, takbit dan zikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 ganjaran" (riwayat Baihaqi)

Apa yang pasti bertakwalah kita kepada Allah dengan sedaya upaya kita. Laksanakan mengikut kemampuan dan sedaya upaya kita. InsyaAllah

Wallahua'lam

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca.

P/s: jom semua sahabat pembaca kita sama-sama berpuasa pada esok hari. Moga ada keberkatannya. Lakukan semata-mata kerana Allah. InsyaAllah..amin

Sumber: langitilahi.com

posted from Bloggeroid

Monday, 15 October 2012

Kata hikmah

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Saya berkongsi kata-kata hikmah yang terdengar di radio ikim sebentar tadi

"Bumi ini dicipta untuk manusia

Manusia itu dicipta untuk akhirat"

Sudah cukupkah bekalan kita untuk kehidupan akhirat kelak?

Kehidupan yang lebih kekal abadi

Astagfirullah. Takutnya dan gentar rasa jiwa serta hati.

posted from Bloggeroid

Friday, 12 October 2012

Bunga

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW

Saya kongsikan beberapa gambar bunga sahajalah hari ini. Aktiviti emak saya di rumah menanam bunga dan sayur sementara mengisi hari-hari tua beliau. Aktiviti pagi dan petang untuk mengeluarkan peluh, baik juga untuk kesihatan emak saya.




Bunga kertas yang tidak putus-putus berbunga. SubhanaAllah. Cantiknya ciptaan Allah.









Deretan pasu yang minggu lepas telah saya isikan tanah, minta emak saya tanamkan sayur kucai, daun kari, sayur ulam raja, daun kesum, dan beberapa jenis bunga untuk di bawa ke rumah saya di Melaka. Saya juga ingin mengikut jejak emak saya, lakukan aktiviti menanam bunga dan sayur. Saya ada terbaca di majalah aktiviti berkebun, melihat kehijauan mampu memberikan ketenangan. Sahabat pembaca Cubalah sendiri.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca.

P/s : minggu ini cepat betul berlalu. Lelah juga mengejarnya

posted from Bloggeroid

Wednesday, 10 October 2012

Dua cerita

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

Apa khabar sahabat pembaca? Moga sentiasa ceria dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Cerita pertama

Hari ini sudah dua hari peperiksaan PMR. Saya yang sepatutnya menjadi pengawas Hospital Ampang dipinjam oleh SMK Tun Hussin On 2 kerana kekurangan pengawas. Hospital Ampang juga terdapat tiga calon yang sakit beserta tiga calon lagi di Hospital Ampang Putri. Namun bak kata ketua pengawas saya di Hospital Ampang, semuanya masih under control, jadi saya masih menjadi pinjaman kepada SMK Tun Hussin On 2 sekiranya tiada lagi tambahan calon Hospital Ampang, harapnya enam orang calon hospital ampang ini tidak bertambah lagi, jadi bolehlah saya kekal di SMKTHO2 sehingga tamat peperiksaan. Amin.

Segalanya pinjaman dan tiada yang pasti. Segala yang berlaku juga dengan izin dan kehendak dariNYA. Pastinya apa yang tertulis dan terjadi itulah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah

Cerita kedua

Semalam saya menerima meseg dari sahabat lama saya, Salwa Daud. Sahabat lama saya semasa belajar. Sahabat semasa saya kesunyian sabtu ahad sewaktu di asrama, maka bilik wawa lah yang saya tuju. Saya pernah hampir pengsan (nota:saya puasa) keliling satu dewan masa hari konvekesyen wawa, sebab lemahnya wawa dalam pemetaan:)), dia tak tahu nak jelaskan lokasi dia menunggu saya, Allahu Akbar. Tetapi masa konvo saya, dia jumpa saya dengan mudah. Syukur. Saya pernah ke rumah wawa dengan menunggang motosikal semasa zaman praktikal. Wawa juga sahabat pertama yang datang ke rumah saya di Melaka. Saya pernah hilang nombor telefonnya, puas saya mencarinya, tambahan di facebook gambar anaknya yang menjadi gambar profile, syukur ejaan nama tidak ditukar-tukar. Wawa juga tempat saya mengadu tentang kes pertukaran saya ke Melaka tambahan wawa juga mengajar di Melaka, beberapa cadangan juga diberikan. Kami pernah kongsi kisah susah dan duka bersama semasa belajar. Syukur,ada pelangi selepas hujan yang panjang.

Namun sekali lagi wawa diuji, semalam mesegnya minta tolong doakan anaknya NUR AQILAH BALQIS BT JEFFRY yang akan menghadapi pembedahan jantung buat kali kedua di IJN hari ini. Saya baru bertemu sekali dengan Aqilah tahun ini, sewaktu wawa ke rumah saya di melaka, waktu tu Aqilah baru nak pandai jalan, suka Aqilah naik dan turun tangga, penat juga mengejarnya, tapi tidak mengapa penat asalkan sihat. Tapi hari ini Aqilah hanya terbaring. Allahu Akbar.

Saya gunakan medium yang saya ada di blog ini, minta semua sahabat pembaca tolong doakan adik NUR AQILAH BALQIS BT JEFFRY agar kembali sihat, boleh berlari-lari,gelak, ketawa, bijak, normal macam kanak-kanak yang lain dan menjadi anak yang solehah, amin. Moga dengan Tembakan doa sahabat pembaca mampu memberi kekuatan kepada wawa dan adik Aqilah. InsyaAllah. Amin

Ya Allah sembuhkanlah penyakit adik NUR AQILAH BALQIS BT JEFFRY dan berilah kekuatan kepada ibu bapanya dalam menghadapi ujian dariMU ini. Amin ya rabbal alamin.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Monday, 8 October 2012

Aku dulu..

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


Tuhan dulu pernah
aku menagih simpati
kepada manusia 
yang alpa jua buta

lalu terheretlah aku di lorong gelisah
luka hati yang berdarah
kini jadi kian parah

semalam sudah sampai ke penghujungnya
kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

tak ingin lagi
ku ulangi kembali
kerap dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
tapi rahmatMu melangit luas
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmat Mu dibumi

Tuhan walupun taubat seringku mungkir
namun pengampunanMu tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapatMu
seribu langkah Kau rapat padaku

Astagfirullah Al azim...

Selangkah kita rapat kepada Tuhan
Beribu langkah Tuhan mendekati kita...SubhanaAllah..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

Saturday, 6 October 2012

Pengawas PMR

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

Apa khabar sahabat pembaca? Moga ceria-ceria selalu

Saya bercuti di pahang minggu ini. Semalam selepas mesyuarat untuk pengawas bagi peperiksaan PMR saya terus pulang ke kampung di Pahang.

Tahun ini pastinya memberikan pengalaman yang baru kerana saya diberi peluang dari Allah dan amanah menjadi pengawas peperiksaan bagi pusat peperiksaan Hospital Ampang. Maksudnya mengawas bagi pelajar yang mengalami masalah kesihatan. Selain itu, pengawas bagi pusat peperiksaan hospital juga bertanggungjawab jika ada pelajar yang terlibat dengan kes polis, penjara dan pusat pemulihan akhlak.

Semalam semasa mesyuarat tiada lagi calon PMR dari zon saya yang terlibat dengan sebarang kes di atas. Syukur Alhamdulillah. Jadi hari selasa ini saya dan beberapa rakan guru hanya akan 'on call', rasa seperti doktor pula :)). Apabila ada calon PMR yang dimasukkan ke hospital, dan keadaan calon tersebut mampu untuk menjawab peperiksaan, maka itulah tugas saya dan beberapa rakan guru. Pastinya pengalaman yang menarik. Pastinya juga akan saya kongsikan jika ada pengalaman menarik sepanjang memegang tanggungjawab pengawas peperiksaan hospital dalam tempoh lima hari peperiksaan PMR dijalankan. InsyaAllah.

Tapi, jauh di sudut hati saya dan beberapa rakan guru semalam berdoa agar tiada sebarang kes. Moga semua calon PMR tahun ini diberikan kesihatan yang baik, mental yang sihat, ingatan yang kuat dan mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang di sekolah masing-masing dalam keadaan yang sangat selesa. InsyaAllah, amin.

Doakan moga kejayaan menjadi milik semua pewaris negara ini.
Moga mereka menjadi hamba Tuhan yang taat, anak yang soleh solehah, manusia yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara mereka.

Kerana, sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat untuk orang sekelilingnya. InsyaAllah.



Sebahagian anak saudara saya bersama emak dan ayah saya. Dari kiri, lelaki bujang yang berbaju melayu kuning terang itu, anak bongsu Along saya, Mohd Iqbar, juga merupakan calon PMR tahun ini. Moga dia mampu mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri. Berjaya dunia akhirat dan mencapai cita-cita yang diimpikan. InsyaAllah. Amin

Tembakan doa dari semua sahabat pembaca untuk semua calon PMR tahun ini pastinya lebih bermanfaat untuk mereka semua. Adalah sangat baik kita mendoakan kejayaan sesama kita, dalam masa yang sama doa tersebut juga akan berbalik kepada diri kita.

Selamat maju jaya untuk semua calon PMR 2012
Ya Allah,berikan kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat, ingatan yang kuat dan hati yang tenang kepada semua calon PMR 2012 di seluruh Malaysia untuk menjawab semua soalan peperiksaan dengan jayanya. Moga kejayaan sentiasa bersama mereka dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca.

posted from Bloggeroid

Thursday, 4 October 2012

Orang yang paling kaya

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Siapa orang yang paling kaya?

Adakah orang yang paling kaya ialah orang yang ada wang berjuta?
Atau orang yang ada rumah berekar-ekar luasnya?
Atau orang yang ada berpuluh -puluh kereta mewah?

Siapakah orang yang paling kaya?

Mungkin ada antara sahabat pembaca merupakan orang yang paling kaya.

Kerana orang yang paling kaya, ialah orang yang paling sihat.

Sihat tubuh badannya, bebas dari sebarang penyakit.
Sihat mentalnya, sihat fizikalnya, sihat akalnya, sihat juga rohaninya.

Hari ini saya ke hospital, temujanji rawatan seperti biasa untuk bertemu doktor pakar. Seawal jam 7 pagi dah sampai. Syukur tahun ini urusannya lebih cekap, sekitar 3jam urusannya selesai, cuma masih juga ada sedikit tempoh menunggu terutama untuk mengambil ubat dan berjumpa doktor pakar. Alah bisa tegal biasa.

Pernah sekali tahun 2010 saya sengaja datang lewat, sekitar jam 9pagi, akhirnya segalanya selesai jam 4 petang. Astagfirullah. Kesabaran saya benar-benar teruji. Benarlah bahawa penantian dan menunggu itu satu penyeksaan. Astagfirullah. Hal ini juga menunjukkan betapa ramainya orang yang sakit. Sakit fizikal. Macam-macam jenis penyakit. Ya Allah, inilah ujian.

Sebab itulah ada pepatah mengatakan orang yang paling sihat ialab orang yang paling kaya.

Apalah guna wang berjuta, jika badan hanya boleh menerima bubur nasik dan air kosong.
Apalah guna rumah luas berekar-ekar tetapi hanya mampu terbaring kaku di atas katil.

Manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Tanggungjawab kitalah menjaga 'pinjaman' Allah ini dengan baik
Jika badan sihat, paling penting lebih mudah untuk kita beramal ibadat.
Pengalaman saya sendiri, tahun ini dua tiga kali saya sakit sendi lutut, untuk rukuk dan sujud dalam solat benar-benar memeritkan. Allahu Akbar. Saya cakap pada emak saya, baru di uji sakit lutut, saya dah rasa susah untuk solat. Ya Allah, saya memohon keampunanNYA. Benar-benar menguji keimanan saya yang hanya senipis kulit bawang. sama ada ujian sakit lutut tersebut lebih mendekatkan diri saya pada Allah, atau lebih menjarakkan saya dariNYA.

Lantas emak saya kongsikan satu tips, yang mungkin sahabat pembaca juga boleh amalkan, iaitu:

Setiap pagi, sebelum kita mandi jirus dulu air di lutut kanan dan selawat tiga kali, selepas itu jirus di lutut kiri dan selawat tiga kali, sejuk je rasa. InsyaAllah, moga-moga Allah memberi kekuatan pada sendi lutut kita. Cubalah amalkan. Sebab mencegah lebih baik dari mengubati.

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Wednesday, 3 October 2012

Parit Jawa

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih kita semua

Apa khabar sahabat pembaca? moga sentiasa ceria-ceria selalu

Saya ada pandangan yang positif terhadap orang jawa, paling utama kerana kerajinannya, kerana masakannya yang lazat dan kerana ikatan kekeluargaannya..

Jadi apabila diuarkan tentang drama Parit Jawa, hati saya tidak sabar untuk menontonnya, namun saya jauh ketinggalan kerana baru dapat menontonnya semalam selepas download di youtube..

Alhamdulillah..Garapan yang sempurna..Drama yang bagus diselitkan dengan nilai  hubungan kekeluargaan dan sikap amanah memegang wasiat keluarga untuk menjaga tanah pusaka. Ada unsur patriotik juga sebenarnya, semangat cintakan tanah jawa, semangat cintakan budaya jawa dan semangat menjaga tanah hak milik keluarga. dari tanah kita datang dan kepada tanah jualah kita akan dikembalikan.. saya sangat terkesan dengan drama tersebut. Syukur, kerana masih ada lagi drama melayu yang hebat yang tidak perlu menyentuh unsur percintaan sesama hamba yang melampau, tidak perlu berpegangan tangan berlainan jantina tanpa hubungan yang sah, tidak perlu selitkan aksi lelaki yang ganas, isteri yang teraniaya, anak yang dibuang, gadis yang dirogol dan macam-macam lagi yang negatif..syukur..

Teringat saya semasa zaman kanak-kanak, saya dan emak antara peminat drama melayu. Zaman saya yang masih saya ingat ada drama Opah, drama lawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan drama polis (saya lupa tajuknya). 

Tapi hari ini, saya lebih selektif untuk menonton drama melayu. boleh dikatakan saya dan emak tidak lagi menjadi peminat drama melayu. sedih melihat drama melayu hari ini yang entahlah...sukar untuk saya ungkapkan di sini....Astagfirullah.. namun, saya tertanya cukupkah sekadar rasa sedih? apa tindakan saya, sedang saya tidak mampu membuat filem atau drama sehebat Parit Jawa. 

Jadi, saya ambil kesempatan dengan menyelitkan nilai-nilai yang ada dalam drama melayu sekarang sewaktu pengajaran saya di kelas. Terutama pelajar tingkatan 4 yang meningkat dewasa.  Pelajar saya tergelak besar apabila ada beberapa drama yang saya ulas dan saya kaitkan dengan kehidupan mereka, secara sinis kadang kala saya menyindir mereka. tetapi bukan menyindir untuk menyakitkan, cuma untuk mengajar...lagi makin menjadi-jadi gelak mereka, cuma saya harap dalam gelak yang besar, mereka dapat mesej sebenar yang ingin saya sampaikan..saya mohon pertolonganNYA..agar pelajar-pelajar ini bermanfaat untuk agama, keluarga, bangsa dan negara..insyaAllah...

Tidak semua drama itu tidak berkualiti, tetapi kita lah sebagai penonton diberi pilihan dan perlu menapis cerita yang ingin kita tonton...segalanya terpulang kepada diri kita sendiri..

Tepuk dada, tanya iman dan akal yang waras..

salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..


Tuesday, 2 October 2012

berkatalah yang luar biasa

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

saya kongsikan satu hadis dengan semua sahabat pembaca :


Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik atau diam sahaja.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Luarbiasa! Hadith ini menguji iman kita. Ternyata percakapan dan diam kita seharian ada hubung kaitnya dengan keyakinan kita kepada Allah dan Hari Akhirat. Kalau kita faham dengan jelas tips yang diberikan Rasulullah SAW pada kita ini, nescaya kita akan melihat majoriti umat akan mengungkapkan kata-kata yang mengharmonikan kehidupan. Tiada fitnah, umpatan, kata macian, kata kesat, sindiran, pembohongan dan seangkatan dengannya. Kalau lisan yang keluar dari mulut kita sedemikian, aqidah kita masih lemah dan tidak berenergi iman. Masalahnya sekarang, kita banyak bercakap. Suka bercakap. Dan sudah selautan kata kita lepaskan ke bumi dan kepada manusia. Apa yang kita cakapkan? Banyak mana lisan kita itu menunjukan kita ini hamba Allah, bukan manusia yang egois kerana bijak bercakap dan suka bercakap? Ikut sedap mulut orang kata.

Semoga kita memuhasabah kembali apa yang kita cakapkan selama ini. Egois kita untuk merasa bangga dengan “style” dan gaya cakap kita yang jauh dari petunjuk Allah dan Rasul-Nya, kita leraikan sahaja. Belajarlah berkata yang Allah redha. Bukankah kita mahu mencari redha Allah? Buat para pemuda pemudi yang bersemangat dalam dakwah, terus sampaikan kebenaran walaupun satu ayat. Pelihara niat, luruskan matlamat, perbaiki komunikasi kita, dan lontarkan kata-kata kebenaran dengan hikmah demi meraih redha Allah dan demi memenangkan Islam. Wallahualam

tulisan ini  bukan hasil tulisan saya, tapi dari aburidhwan (langitilahiteam). 

saya terkesan dengan tulisan beliau. lantas minta izin untuk dikongsikan...

moga bermanfaat untuk semua sahabat pembaca..

bacaan penuhnya di langitilahi.com

salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca


Sunday, 30 September 2012

Berharap

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

Apa khabar sahabat pembaca? Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah

Saya selamat sampai di Kuala Lumpur jam 430 petang. Allahu Akhbar. Syukur.

Demi Allah yang menghidup dan mematikan setiap hambaNYA, saya mohon agar diberikan kekuatan dan kesabaran kepada diri saya, keluarga saya dan semua sahabat pembaca menghadapi hari-hari seterusnya dengan penuh pengharapan. InsyaAllah.

Hidup adalah hidup, jadi hadapinya..

Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid

Friday, 28 September 2012

Bajet 2013

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih kita semua Nabi Muhammad S.A.W

Saya bercuti di Melaka minggu ini, sampai Melaka terus ke JPN Melaka untuk urusan pertukaran. Semoga pertukaran saya diluluskan. Tolong katakan amin sahabat pembaca. Tembakan doa daripada semua sahabat pembaca amat saya harapkan. Kerana pastinya ada doa dari salah seorang sahabat pembaca yang akan Allah makbulkan. InsyaAllah

Hari ini pembentangan bajet 2013

Saya hanya sempat mendengarnya setengah jam terakhir

Tidak mampu untuk saya mengulasnya dengan panjang

Tambahan ilmu hanya sejengkal

Apa yang pasti

Suka saya nyatakan dari ayat Allah yang terbaik

"Maka nikmat Allah yang mana lagilah yang hendak kau dustakan"(surah AlRahman)

Syukur dengan segala nikmat, rahmat dan kemakmuran negara.

Moga negaraku Malaysia yang tercinta ini terus aman, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta terhindar dari segala fitnah dunia. Amin.

Syukur ya Allah.

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian

Selamat berehat di hujung minggu.

posted from Bloggeroid

Thursday, 27 September 2012

10 perkara merosakkan otak

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W


saya kongsikan 10 perkara yang merosakkan otak. Bolehlah diamalkan, terutama untuk para pelajar yang musim peperiksaan semakin tiba..

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian..

Tuesday, 25 September 2012

Pecutan

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W


Semua pelajar inginkan kejayaan namun, hanya sedikit yang berusaha...

Minggu-minggu akhir sebelum tibanya peperiksaan PMR dan SPM

guru, pelajar, sama-sama memecut...moga semuanya berjaya tiba ke garisan penamat dengan jayanya...

pastinya ada kemanisan, kegembiraan dan kejayaan, selepas perjalanan yang susah, perit dan pahit..

semoga kejayaan mengiringi setiap langkah anak-anak murid saya..

doakan mereka..dengan katakan amin....

salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

Saturday, 22 September 2012

Kepentingan menuntut ilmu

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Apa khabar sahabat pembaca.

Moga sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Jumaat lepas, sekolah saya mengadakan solat hajat untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Pihak sekolah menjemput imam muda musim pertama, saya lupa namanya, yang merupakan bekas pelajar sekolah saya. Allahuakbar. Sedap mendengar bacaan Al Quran dan nasihatnya kepada para pelajar tentang pentingnya ilmu.

Beliau berkongsi tentang hadis Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda bermaksud,

"barang siapa hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa hendakkah akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan barangsiapa hendakkan kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu".

Sebab itulah ada pepatah melayu mengatakan menuntut ilmu biar sampai ke negeri Cina. Ada juga kata, menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad.

Menuntut ilmu bukan sekadar semata-mata mengejar nama, pangkat atau darjat. Tapi yang lebih penting untuk kemaslahatan diri kita sendiri sebagai hamba demi mengenal pencipta dengan lebih dekat lagi. Ilmu yang kita pelajari tak lebih sekadar setitik air di lautan. Selagi hidup, selagi itu kita perlu belajar apa sahaja ilmu asalkan mendatangkan kesan dan nilai yang positif dalam diri kita.

Imam muda juga berkongsi nasihat Imam Syafie yang terkenal sebagai seorang yang mencintai ilmu. Sanggup merantau jauh demi mencari guru untuk menuntut ilmu.

Imam Syafie mengatakan bahawa kita tidak akan mencapai apa yang kita impikan kecuali melaksanakan enam perkara berikut, iaitu :

1. Menjadi orang yang cerdik
Soalnya, bagaimana nak menjadi orang yang cerdik? Tiada beza antara kita, yang memberi nilai sama ada diri kita cerdik atau tak cerdik, ialah diri kita sendiri. Usaha kita sendiri.

2. Untuk menjadi cerdik, laksanakan perkara kedua iaitu berlumba-lumba. Berlumba-lumba bila ada majlis ilmu, berlumba-lumba mencari kehebatan Allah. Berlumba-lumba mencari keredhaan Allah. Ada sifat cemburu apabila kekurangan ilmu.

3. Kena bersungguh-sungguh. Apabila makan,makan dengan sungguh-sungguh. Apabila tidur, kita tidur dengan sungguh-sungguh. Apabila main,kita bermain dengan bersungguh-sungguh. Apabila belajar, mengaji, solat,berdoa, kita lakukan dengan bersungguh-sungguh.

4. Berbelanja. Siapalah yang tak suka berbelanja. Tetapi adakah perbelanjaan kita bermanfaat? Berbelanjalah, untuk menuntut ilmu. Membeli buku-buku, kitab-kitab yang boleh disimpan lama, boleh menjadi rujukan bila-bila masa dan boleh ditunjukkan pada anak cucu kita tentang khazanah ilmu yang kita ada.

5. Paling penting dalam kehidupan manusia iaitu menghormati guru. Guru pertama kita di rumah iaitu emak dan ayah. Nilai guru begitu tinggi. Kita doakan guru kita. Doakan para pendidik yang tak jemu mendidik kita.

6. Beramal dengan kelima-lima perkara di atas. Ilmu tanpa amal,umpama pokok yang tidak berbuah.

SubhanaAllah. Cantiknya kebesaran Allah. Wahyu pertama kepada junjungan besar kita semua Nabi Muhammad S.A.W juga galakan kepada menuntut ilmu iaitu " Bacalah, dengan nama Tuhanmu"

Saya sering beri semangat pada emak saya apabila kesalnya beliau tidak disekolahkan, kesalnya beliau tidak tahu membaca, dengan mengatakan emak sama dengan kekasih kita Muhammad. Tidak tahu membaca. Tetapi baginda diberi mukjizat, dilapangkan hati oleh Allah untuk menerima segala wahyu dari Allah.

Tetapi emak saya tak pernah berputus asa, walau tak tahu membaca tapi beliau bersungguh-sungguh melazimi AlQuran dalam hidupnya, menemani hari-hari tuanya, berdoa, memohon hajat agar Allah terangi hatinya untuk mampu membaca Al Quran. Hari ini syukur, dengan izin Allah, usaha sungguh-sungguh emak saya beliau mampu menghafal beberapa surah. Syukur Tuhan. Boleh ceritakan pada saya beberapa kisah sahabat nabi dek sikap berlumba-lumba untuk ke surau mendengar ceramah. Boleh berkongsi dengan saya beberapa doa seperti doa nabi Ibrahim apabila dicampakkan ke dalam api. Darah yang mengalir dalam diri saya hari ini, yang menyedari pentingnya ilmu, adalah darah emak saya jua. Semangat, sungguh-sungguh, berlumba-lumba adalah semangat dari emak saya juga. Guru pertama saya sejak saya lahir hingga hari ini. Allahu Akbar ya Allah, emak adalah kurniaan terbesar dalam hidup saya. Dari dia saya belajar betapa pentingnya ilmu.

Jadi sahabat, ayuh kita laksanakn semampu kita enam nasihat dari Imam kita semua iaitu Imam Syafie.

Semoga ada manfaatnya. Boleh juga dikongsi dengan anak-anak yang semakin membesar.

Selamat berhujung minggu

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian.

posted from Bloggeroid

Friday, 21 September 2012

Musim Haji 1433H

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih kita semua.

Selamat menunaikan haji buat semua tetamu jemputan Allah. semoga mendapat haji yang mabrur. menunaikan haji hanya permulaan, apa yang penting adalah apabila kembali semula ke tanah air nanti, adakah kita mampu istiqomah dengan amalan yang dilakukan selama 44 hari tersebut. Semoga semua jemaah Malaysia diberikan kesihatan yang baik, semangat yang berkobar-kobar mencari redha Allah, mendapat haji yang mabrur, seterusnya pulang ke tanah air dengan azam dan nekad yang baru terus ikhlas dan istiqomah dengan amal ibadah, semata-mata keranaNYA...insyaAllah...amin...

Lagu Haji dari Opick.

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian.

Thursday, 20 September 2012

Kek batik

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas kekasih kita semua junjungan besar Muhammad S.A.W

Sahabat pembaca semua sihat? Semoga sihat dan ceria, bagi yang berpuasa sunat khamis, selamat berbuka puasa.

Hari ini tekak saya teringin untuk makan kek batik, terkenang-kenang ada sahabat guru membuatnya semasa jamuan raya minggu lepas.

Jadi, hari ini satu lagi pencapaian saya di dapur,berjaya membuat kek batik. Bukan kek batik sarawak tu. :))

Selama ini kalau teringin saya akan minta kakak-kakak saya buatkan. Sama ada de saya yang mahir membuat kek, atau along saya.

Tapi saya terpikir, sampai bila? Saya kena belajar buat. Usaha tangga kejayaan. Tak jadi untuk kali pertama normal. Kali kedua perbaiki mana yang kurang. Yang penting jangan ulang kesilapan yang sama.


Inilah hasilnya. Abaikan plastik merah yang jelas kelihatan. Kek batik yang masih di dalam loyang. Syukur di rumah abang saya ada loyang, di sekolah saya terfikir-fikir bahawa di rumah abang saya ada loyang atau tidak. Rupanya, ada. Syukur. Moga abang saya dipertemukan Allah dengan jodoh yang solehah. Amin. Kembali kepada cerita kek batik, kek ini belum boleh dipotong sebab baru siap sebelum asar tadi. Syukur Alhamdulillah

Saya kongsikan bahan-bahannya. Saya tahu ramai sahabat yang mahir membuatnya, tapi saya tahu juga bahawa ada sahabat yang tak mahir. Bahannya sangat mudah:

250 gram butter cup
1 tin susu pekat manis 450gram
250 gram milo
1 bungkus biskut marie jenama tiger

Cara membuatnya :
1. Cairkan butter dalam periuk
2. Selepas butter cair masukkan susu pekat manis.
3. Kacau dan masukkan milo (sambil kacau, selawatlah, pasti lagi sedap) :))
4. Kacau sehingga mengelembung
5. Masukkan biskut marie yang telah dibelah dua.

Kacau hingga sebati dan masukkan dalam loyang yang telah dibalut plastik untuk elak melekat bila dipotong nanti. Ratakan adunan dalam loyang, tekan-tekan supaya mampat, tinggalkan semalaman dalam suhu bilik, kemudian boleh dipotong. Seterusnya baca Bismillah dan makan. Pastinya kepuasan lebih terasa kerana anda membuatnya sendiri.

Selamat mencuba sahabat pembaca. Buatlah sesuatu yang baru, yang positif, yang tak pernah kita lakukan, pastinya memberi kesegaran kepada jiwa dan minda kita. Dalam masa yang sama menambah ilmu pengetahuan.

Walaupun saya pernah melihat kakak-kakak saya buat. Saya ingat-ingat lupa akan bahan-bahannya. Jadi kredit resepi kek batik ini dari nanirostam.blogspot.com. Pemilik blog ini berpesan, untuk dapat hasil yang lazat mesti ikut sepenuhnya hatta jenama biskut sekalipun. Jadi, saya ikut sepenuhnya pesanannya. Harap hasilnya juga menjadi. InsyaAllah.

Selamat mencuba sahabat pembaca.

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian.

posted from Bloggeroid