Salam
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW
Apa khabar sahabat pembaca semua?
Hari ini 25 oktober 2012 bersamaan 9 zulhijjah 1433. Sejak semalam lagi umat islam yang dijemput Allah menjadi tetamuNYA telah berkumpul di padang arafah untuk menunaikan beberapa rukun wajib haji.
Bagi kita yang berada di tanah air, digalakkan berpuasa pada 9 zulhijjah ini. Kerana terdapat hadis sahih yang menyatakan berpuasa pada 9zulhijjah ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun akan datang dan setahun sebelumnya. SubhanaAllah. Besar sungguh nikmat yang Allah berikan terutama bagi kita yang penuh dengan dosa dan noda ini.
Jadi ayuh sahabat. Kita berpuasa hari ini. Niatlah semata-mata kerana Allah. InsyaAllah
Sepatutnya post ini saya postkan semalam. Jadi jika ada sahabat yang ingin berpuasa hari ini,boleh bersedia.. Tetapi saya gembira juga apabila ada dihebah-hebahkan di media massa tentang puasa arafah pada hari ini, dan galakan agar kita melaksanakannya. Syukur dengan amalan saling berpesan-pesan tersebut.
Semalam sekolah saya mengadakan majlis graduasi untuk pelajar tingkatan lima. Graduasi umpama mekanisme yang digunakan oleh pihak sekolah untuk menaikkan semangat pelajar supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan awam SPM menjelang 5 november kelak. InsyaAllah. Moga-moga pelajar ini diberikan kejayaan dunia dan akhirat. Amin.
Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca

posted from Bloggeroid
Moga raya haji ni meriah suasana bersamping keluarga tersayang.
ReplyDeleteAlhamduliillah...untuk kak diana jugak..moga sihat dan sentiasa bahagian bersama keluarga tersayang dan hasil tanaman yang menjadi..:))
Delete