Salam
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW
Saya kongsikan beberapa gambar bunga sahajalah hari ini. Aktiviti emak saya di rumah menanam bunga dan sayur sementara mengisi hari-hari tua beliau. Aktiviti pagi dan petang untuk mengeluarkan peluh, baik juga untuk kesihatan emak saya.
Bunga kertas yang tidak putus-putus berbunga. SubhanaAllah. Cantiknya ciptaan Allah.
Deretan pasu yang minggu lepas telah saya isikan tanah, minta emak saya tanamkan sayur kucai, daun kari, sayur ulam raja, daun kesum, dan beberapa jenis bunga untuk di bawa ke rumah saya di Melaka. Saya juga ingin mengikut jejak emak saya, lakukan aktiviti menanam bunga dan sayur. Saya ada terbaca di majalah aktiviti berkebun, melihat kehijauan mampu memberikan ketenangan. Sahabat pembaca Cubalah sendiri.
Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca.
P/s : minggu ini cepat betul berlalu. Lelah juga mengejarnya

posted from Bloggeroid
Salam Indah. Minta maaf lambat drop by. Kesibukan melanda :). Gardening memang bagus untuk kesihatan. Cantik bunga-bunga di laman rumah.
ReplyDelete