Wednesday, 30 December 2015
DLP
selamat kembali bertugas kepada semua guru bagi sesi persekolahan 2016.
saya doakan semua guru semakin bersemangat dan penuh dedikasi untuk mendidik anak bangsa, ikhlaskan niat dan luruskan hati, positifkan emosi untuk menjadikan anak didik kita cemerlang dunia dan paling penting akhirat, kerjaya mendidik sangat dekat dengan emosi, dan emosi stabil amat penting, emosi stabil memerlukan rehat yang cukup jadi guru atau pendidik tidak digalakkan melakukan dua, tiga atau empat kerja dalam satu masa (lawak sahaja).
saya sudah mesyuarat guru kali pertama semalam, dan hari ini sambung untuk mesyuarat panitia pula.
saya nak berkongsi satu sahaja, salah satu isu yang diterangkan ialah DLP atau Dual Language Program yang merujuk kepada murid tingkatan 1 akan diajar matematik dan sains sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris. saya tidak menyatakan sokongan atau bantahan, cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah peranan guru Bahasa Melayu agar memantapkan penguasaan murid tingkatan 1 dalam Bahasa Melayu sama ada dari segi bacaan, lisan dan tulisan. keadaan ini bolehlah digambarkan agar murid tingkatan 1 ini tidak menjadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. biarlah murid ini dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.
selamat bertugas kepada semua guru.
salam tahun baru 2016
selamat berjuang
Wednesday, 23 December 2015
Berenang
Assalamualaikum..
Nota ini untuk nur khairiah anak manja ummi yang dah berumur 6bulan 20hari. Makin rancak bercakap, senyum, meniarap dan angkat-angkat badan nak merangkak.
Sekarang ummi cuti sekolah, sepanjang cuti ni abi sempat bawa Ya ke segamat, untuk kenduri akikah adib (sepupu khairiah, anak paklong). Khairiah menangis sahaja, mungkin tak selesa dan penat, syukurlah wan ada sama, bolehlah ummi bergilir-gilir dengan wan dukung khairiah.
Kita sempat juga bercuti di rumah wan seminggu. Hilang rindu ummi dan khairiah pada wan. Wan pun seronok sangat. Walau sakit tangan, tetap semangat nak dukung khairiah.
Kita sempat juga ke putrajaya sempena konvokesyen kakak aina, bawa wan dan atuk ke masjid besi dan masjid putra, khairiah seronok masa ni, bila penat ummi bagi susu, Ya terus tidur. Cuma Ya ada menangis sebab nak buang air besar, tapi lepas tu Ya dah ok.
Sekarang kita sambung cuti di lumut, perak, rumah abi. Hari ni pertama kali juga abi dan ummi bawa Ya berenang. Ya macam tak selesa dengan pelampung di leher tu, tak apa Ya, mungkin lepas dua tiga kali, Ya akan selesa..untuk pertama kali ni, kita berenang lima minit sahaja, ummi bimbang Ya sejuk. Lepas berenang, abi mandikan Ya, ummi sapu minyak telon, pakaikan baju, stokin, selimut Ya dan bagi Ya susu.. Ya mesti seronok hari ni kan..
Esok lusa, kita pergi berenang lagi. Ummi niat nak ajar Ya kemahiran yang dianjurkan oleh sunnah, berenang, memanah dan berkuda, ummi nak tambah satu lagi mungkin kelas muzik, piano atau biola mungkin. Harap Tuhan izin dan permudahkan niat ummi ini.
Selamat membesar dengan sihat sayang ummi dan abi Nur Khairiah..membesarlah jadi anak ummi yang positif, berani dan sentiasa yakin dengan diri sendiri.. kita serahkan segalanya pada Allah selepas kita berusaha sedaya mampu kita.
Nota untuk Nur Khairiah Mohd Failis
Daripada
Ummi, lumut, perak.
Wednesday, 25 November 2015
180 hari
Salam semua..
Pejam celik pejam celik, harini Nur Khairiah dah 180hari tengok dunia aka dah 6bulan.. syukurlah Allah bantu membesarkan Khairiah dengan sihat.
Peramah senyum, petah nak bercerita dalam bahasanya, minum susu dah 6oz, seronok bila mandi dan macam2 lagi keletahnya yang tak jemu diperhatikan. Setiap kali itulah saya terfikir betapa besarnya kuasa Allah, kita ibu ayah hanya memberi susu, beri kasih sayang dan didikan itupun dengan rezeki dari Allah, selebihnya Allah lah yang berkuasa atas segalanya, dari kecil cantik je membesar, hisap jari, meniarap, merangkak, berjalan, berlari..semuanya kerja Allah..Allahu akbar..kerdilnya kita..
Selamat malam dan mari menjadi hamba bertakwa..
Monday, 16 November 2015
Cuti
Salam..sesi persekolahan 2015 hampir ke penghujung. Tamat segala cerita untuk tahun ini.
Namun, soalannya, adakah sudah cukup sumbanganku sebagai pendidik untuk anak bangsaku melalui fasa kehidupan yang seterusnya??? Moga ada manfaat dan ada ilmu yang boleh anak bangsaku amalkan sekaligus menjadi saham akhiratku..insyaAllah
Perjuangan mendidik tidak pernah tamat dan selesai, kerana hidup ini bukan satu tujuan, tetapi hanya satu perjalanan mencari bekalan untuk dunia yang kekal abadi kelak.
Tugasan mendidik diteruskan di rumah pula, mendidik Nur Khairiah Mohd Failis menjadi anak solehah, saham akhirat ummi dan abi..insyaAllah amin..
Selamat menyiapkan tugasa terakhir untuk semua guru sebelum berehat beberapa minggu..
Rehatlah cikgu, bercutilah, bina kembali momentum dan semangat untuk mendidik, supaya tahun hadapan kita hadir dengan penuh azam dan cita-cita.
Salam
Cikgu indah eyah abu samah
Thursday, 29 October 2015
Aqiqah
Segala puji bagi Allah yang memberi rezki dan nikmat hidup..syukur Alhamdulillah
Satu lagi catatan kenangan untuk ingatan dan bacaan anak bijak ummi Nur Khairiah bila ya dah pandai baca nanti..
Aqiqah hukumnya sunnah (muakkad) sesuai pendapat Imam Malik, penduduk Madinah, Imam Syafi'i dan sahabat- sahabatnya, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan kebanyakan ulama Ahli Fiqih(fuqaha) (sumber daripada blog syiarislam.net)
Berdasarkan hadis nabi " anak tergadai dengan aqiqahnya. Disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (dari kelahiran)" (HR al-Tirmidzi,Hasan Shahih)
Syukurlah hak Nur Khairiah Mohd Failis dapat dilaksanakan dengan izin Allah pada sabtu lepas 24hb 10 2015
Sebagai tanda kesyukuran dengan rezki dan nikmat kesihatan, tertunailah hajat kami sekeluarga. Khairiah selamat di aqiqah, selamat dibotakkan kepalanya, dan selamat juga diurut oleh mak bidan berpengalaman.
Syukurlah..Ya, baik je hari tu, pagi-pagi sebelum mandi abi bawa Ya tengok kambing yang akan diaqiqah, Pak Imam yang sembelih dan doakan untuk Ya,lepas tu Ya mandi, pakai baju, jam 9pagi dah mula baca yasin, marhaban dan potong jambul, semua nenek cium Ya, sayang Ya..Ya bijak, tak nangis (ummi berdoa je supaya Ya tak menangis)selesai potong jambul, Ya masuk buaian semula untuk majlis berendoi pula..Macam macam doa dalam lagu berendoi tu..moga kelak anak bijak ummi ni jadi anak yang solehah..aminn..
Friday, 23 October 2015
5 bulan
"Indah, baby awak ni pramatang, jadi jangan banding-bandingkan perkembangan dia dengan baby lain," pesan doktor.
Saya hanya mengeyakan sahaja, "ok doktor," sedangkan dalam hati terus berdoa, meminta-minta dan berharap pada Yang Esa agar anak genius saya Nur Khairiah sihat dan membesar bagai juara. Doakan senjata mukmin. Tambahan doa dan keyakinan seorang ibu sangatlah mustajab.
Wednesday, 21 October 2015
ingin kembali menjadi pelajar
hari ni semangat kembali menjadi pelajar berkobar-kobar. terbayang kenangan berlari-lari ke kelas. membawa beg laptop kemana-mana, membaca jurnal berhari-hari (tambahan kalau berbahasa inggeris), sambil mandi masih memikirkan teori dan metodologi, kadang-kadang kusut, tetapi hati seronok dan bahagia...sukar dan perit, tetapi kemanisan kejayaan itu sangat nikmat, apatah lagi dikongsi dengan emak ayah tersayang dan keluarga kecil saya (belum dikongsi dengan semua).
keluarga kecil saya. (30 mei 2014- tarikh nikah)
Syukur dengan nikmat Tuhan menemukan saya dengan jodoh yang ditetapkan, jodoh yang terbaik untuk saya di dunia dan di syurga kelak, insyAllah..lelaki yang rendah egonya, menerima kedegilan saya dengan tabah, melayan ketidak sabaran saya dengan sabar (walau kadang kala hilang juga sabarnya, tapi dia masih lebih penyabar daripada saya), lelaki yang mudah kasihan dan simpati. semoga, imam dalam keluarga kecil saya ini boleh memandu dan mendekatkan saya dengan Tuhan maha pencipta. Syukur Ya Allah.
anak syurga saya (22 Mei 2015-tarikh anak syurga ini dilahirkan)
Nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak saya dustakan, rezeki terbesar dalam hidup saya dan suami, dikurniakan zuriat pengikat kasih suci pada 22 mei 2015. rezeki ini datang dengan ujian, kelahiran pramatang, hanya 1.05kg berat semasa dilahirkan, 39 hari anak syurga ini di dalam nurseri, 5 hari saya di tahan di ICU kerana luka di otot perut saya, saya dapat melihat anak syurga ini selepas 8hari dilahirkan, berpantang tanpa anak syurga ini disisi (sangat memeritkan)...syukur, ALLAH sahaja tempat mengadu dan berharap, meminta minta kepada maha pencipta seperti saya orang tamak agar anak syurga saya sihat, cepat membesar dan kuat..akhirnya 1 julai 2015, anak saya dibenarkan keluar dari nurseri dengan berat 1.82kg..sujud syukur saya pada Allah atas sifat maha penyayang, maha pengasih dan maha mendengarNYA, anak syurga ini dapat tidur bersama ummi dan abinya buat pertama kali (malam pertama yang kalut dan pengalaman baru saya dan suami) selepas 39 hari melihat dunia. Syukur Ya Allah..
esok genaplah, anak syurga saya Nur Khairiah Bt Mohd Failis, genap 5 bulan. saat ini saya masih belajar, dan akan terus belajar untuk menjadi ummi yang terbaik untuk anak syurga ini, kerana saya dan suamilah pendidik pertama untuk anak syurga ini. cahaya kebaikan maksud nama anak syurga ini kerana, sejak dalam kandungan hingga lahir, dan insyaAllah hingga dewasa semua ibu saya pasti akan sentiasa mengharapkan kebaikan untuk anak mereka, jadi cahaya kebaikan saya harapkan pada anak syurga saya ini sehingga dia dewasa sesuai dengan namanya. aminn...
jadi, selepas ujian, nikmat dan kebahagian ini saya ingin menjadi pelajar kembali, ingin kembali belajar, menuntut ilmu yang luas ini. moga Allah makbulkan...amiinn