Assalamualaikum semua
"Indah, baby awak ni pramatang, jadi jangan banding-bandingkan perkembangan dia dengan baby lain," pesan doktor.
Saya hanya mengeyakan sahaja, "ok doktor," sedangkan dalam hati terus berdoa, meminta-minta dan berharap pada Yang Esa agar anak genius saya Nur Khairiah sihat dan membesar bagai juara. Doakan senjata mukmin. Tambahan doa dan keyakinan seorang ibu sangatlah mustajab.
24.5.2015 (2 hari) berat 1.05kg, nyaman dalam inkubator, anak genius ini demam kuning pada umurnya 2 hari. Sebenarnya tidak dibenarkan ambil gambar, tetapi masa ni saya di icu, dan hanya suami saya yang pergi tengok dan beri laporan pada saya..hehe..gambar ini beri kekuatan untuk saya supaya kuat semangat dan redha dengan ujian ini..moga ada pahalanya untuk keluarga kecil kami. YaAllah sihatkan lah aku, aku nak jaga amanah mu ini(doa saya tanpa henti)
|
19.10.2015 (4bulan 27hari)
Belum pandai duduk sendiri, sengaja saya cuba dudukkan, mata dah boleh pandang dengan jelas, tapi belum lagi nak senyum depan kamera..tak apa..ambil masa kamu, anak geniusku |
|
23.10.2015 (5bulan 1hari)
Hidung dah bertanda, sebab kuku panjang, pandai senyum ketawa, mula ber aaa,uuu, jerit dalam bahasanya, minum susu dah 150ml (5oz) leka dengan anak patungnya, memegang, menolak mainan, dah ma tahu fungsi tangan, hisap jari sampai ke tangan-tangan, mula mengiring untuk meniarap, dan semalam balik kampung tidur lena dalam 'carseat'..syukur Alhamdulillah..sebaik-baik dan semulia-mulia perkataan menggambarkan kebesaran Allah..melalui anak genius ini saya belajar, erti redha dan tawakal, berusaha bersungguh-sungguh dan menyerahkan kepadanya yang maha kuasa..benarlah, anak genius ini hadir untuk Allah mendidik saya agar saya mampu mendidik amanah Allah ini..Hanya Allah sahaja yang berkuasa, kita sebagai hamba hanya berusaha.
Moga Allah terus membantu kita semua mendidik anak-anak syurga ini sebagai saham akhirat kita kelak. Anak ini dilahirkan suci, terpulang pada kita untuk mencorakkannya..didiklah dengan ilmu dan kesabaran..moga Allah terus bagi kita kekuatan untuk menjadi ummi dan abi yang soleh solehah...amiinn....
Selamat bertambah umur ke 5 bulan untuk anak genius ummi dan abi Nur Khairiah Mohd Failis..moga Allah terus bagi Ya sihat, kuat, membesar bagai juara dan beri segala kebaikan dunia akhirat..ummi dan abi cuba sebaik mungkin menjaga Ya, sebab ya Amanah Allah untuk ummi dan abi..kami bersyukur Ya Allah.. |
No comments:
Post a Comment