Wednesday, 21 October 2015

ingin kembali menjadi pelajar

salam semua sahabat pembaca

hari ni semangat kembali menjadi pelajar berkobar-kobar. terbayang kenangan berlari-lari ke kelas. membawa beg laptop kemana-mana, membaca jurnal berhari-hari (tambahan kalau berbahasa inggeris), sambil mandi masih memikirkan teori dan metodologi, kadang-kadang kusut, tetapi hati seronok dan bahagia...sukar dan perit, tetapi kemanisan kejayaan itu sangat nikmat, apatah lagi dikongsi dengan emak ayah tersayang dan keluarga kecil saya (belum dikongsi dengan semua).

keluarga kecil saya. (30 mei 2014- tarikh nikah)
Syukur dengan nikmat Tuhan menemukan saya dengan jodoh yang ditetapkan, jodoh yang terbaik untuk saya di dunia dan di syurga kelak, insyAllah..lelaki yang rendah egonya, menerima kedegilan saya dengan tabah, melayan ketidak sabaran saya dengan sabar (walau kadang kala hilang juga sabarnya, tapi dia masih lebih penyabar daripada saya), lelaki yang mudah kasihan dan simpati. semoga, imam dalam keluarga kecil saya ini boleh memandu dan mendekatkan saya dengan Tuhan maha pencipta. Syukur Ya Allah.

anak syurga saya (22 Mei 2015-tarikh anak syurga ini dilahirkan)
Nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak saya dustakan, rezeki terbesar dalam hidup saya dan suami, dikurniakan zuriat pengikat kasih suci pada 22 mei 2015. rezeki ini datang dengan ujian, kelahiran pramatang, hanya 1.05kg berat semasa dilahirkan, 39 hari anak syurga ini di dalam nurseri, 5 hari saya di tahan di ICU kerana luka di otot perut saya, saya dapat melihat anak syurga ini selepas 8hari dilahirkan, berpantang tanpa anak syurga ini disisi (sangat memeritkan)...syukur, ALLAH sahaja tempat mengadu dan berharap, meminta minta kepada maha pencipta seperti saya orang tamak agar anak syurga saya sihat, cepat membesar dan kuat..akhirnya 1 julai 2015, anak saya dibenarkan keluar dari nurseri dengan berat 1.82kg..sujud syukur saya pada Allah  atas sifat maha penyayang, maha pengasih dan maha mendengarNYA, anak syurga ini dapat tidur bersama ummi dan abinya buat pertama kali (malam pertama yang kalut dan pengalaman baru saya dan suami) selepas 39 hari melihat dunia. Syukur Ya Allah..

esok genaplah, anak syurga saya Nur Khairiah Bt Mohd Failis, genap 5 bulan. saat ini  saya masih belajar, dan akan terus belajar untuk menjadi ummi yang terbaik untuk anak syurga ini, kerana saya dan suamilah pendidik pertama untuk anak syurga ini. cahaya kebaikan maksud nama anak syurga ini kerana, sejak dalam kandungan hingga lahir, dan insyaAllah hingga dewasa semua ibu saya pasti akan sentiasa mengharapkan kebaikan untuk anak mereka, jadi cahaya kebaikan saya harapkan pada anak syurga saya ini sehingga dia dewasa sesuai dengan namanya. aminn...

jadi, selepas ujian, nikmat dan kebahagian ini saya ingin menjadi pelajar kembali, ingin kembali belajar, menuntut ilmu yang luas ini. moga Allah makbulkan...amiinn

No comments:

Post a Comment