Thursday, 29 October 2015

Aqiqah

Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah yang memberi rezki dan nikmat hidup..syukur Alhamdulillah

Satu lagi catatan kenangan untuk ingatan dan bacaan anak bijak ummi Nur Khairiah bila ya dah pandai baca nanti..

Aqiqah hukumnya sunnah (muakkad) sesuai pendapat Imam Malik, penduduk Madinah, Imam Syafi'i dan sahabat- sahabatnya, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan kebanyakan ulama Ahli Fiqih(fuqaha) (sumber daripada blog syiarislam.net)

Berdasarkan hadis nabi " anak tergadai dengan aqiqahnya. Disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (dari kelahiran)" (HR al-Tirmidzi,Hasan Shahih)

Syukurlah hak Nur Khairiah Mohd Failis dapat dilaksanakan dengan izin Allah pada sabtu lepas 24hb 10 2015

Sebagai tanda kesyukuran dengan rezki dan nikmat kesihatan, tertunailah hajat kami sekeluarga. Khairiah selamat di aqiqah, selamat dibotakkan kepalanya, dan selamat juga diurut oleh mak bidan berpengalaman.

Syukurlah..Ya, baik je hari tu, pagi-pagi sebelum mandi abi bawa Ya tengok kambing yang akan diaqiqah, Pak Imam yang sembelih dan doakan untuk Ya,lepas tu Ya mandi, pakai baju, jam 9pagi dah mula baca yasin, marhaban dan potong jambul, semua nenek cium Ya, sayang Ya..Ya bijak, tak nangis (ummi berdoa je supaya Ya tak menangis)selesai potong jambul, Ya masuk buaian semula untuk majlis berendoi pula..Macam macam doa dalam lagu berendoi tu..moga kelak anak bijak ummi ni jadi anak yang solehah..aminn..









Friday, 23 October 2015

5 bulan

Assalamualaikum semua

"Indah, baby awak ni pramatang, jadi jangan banding-bandingkan perkembangan dia dengan baby lain," pesan doktor.

Saya hanya mengeyakan sahaja, "ok doktor," sedangkan dalam hati terus berdoa, meminta-minta dan berharap pada Yang Esa agar anak genius saya Nur Khairiah sihat dan membesar bagai juara. Doakan senjata mukmin. Tambahan doa dan keyakinan seorang ibu sangatlah mustajab.
24.5.2015 (2 hari) berat 1.05kg, nyaman dalam inkubator, anak genius ini demam kuning pada umurnya 2 hari. Sebenarnya tidak dibenarkan ambil gambar, tetapi masa ni saya di icu, dan hanya suami saya yang pergi tengok dan beri laporan pada saya..hehe..gambar ini beri kekuatan untuk saya supaya kuat semangat dan redha dengan ujian ini..moga ada pahalanya untuk keluarga kecil kami. YaAllah sihatkan lah aku, aku nak jaga amanah mu ini(doa saya tanpa henti)

19.10.2015 (4bulan 27hari)
Belum pandai duduk sendiri, sengaja saya cuba dudukkan, mata dah boleh pandang dengan jelas, tapi belum lagi nak senyum depan kamera..tak apa..ambil masa kamu, anak geniusku 

23.10.2015 (5bulan 1hari)
Hidung dah bertanda, sebab kuku panjang, pandai senyum ketawa, mula ber aaa,uuu, jerit dalam bahasanya, minum susu dah 150ml (5oz) leka dengan anak patungnya, memegang, menolak mainan, dah ma tahu fungsi tangan, hisap jari sampai ke tangan-tangan, mula mengiring untuk meniarap, dan semalam balik kampung tidur lena dalam 'carseat'..syukur Alhamdulillah..sebaik-baik dan semulia-mulia perkataan menggambarkan kebesaran Allah..melalui anak genius ini saya belajar, erti redha dan tawakal, berusaha bersungguh-sungguh dan menyerahkan kepadanya yang maha kuasa..benarlah, anak genius ini hadir untuk Allah mendidik saya agar saya mampu mendidik amanah Allah ini..Hanya Allah sahaja yang berkuasa, kita sebagai hamba hanya berusaha.

Moga Allah terus membantu kita semua mendidik anak-anak syurga ini sebagai saham akhirat kita kelak. Anak ini dilahirkan suci, terpulang pada kita untuk mencorakkannya..didiklah dengan ilmu dan kesabaran..moga Allah terus bagi kita kekuatan untuk menjadi ummi dan abi yang soleh solehah...amiinn....

Selamat bertambah umur ke 5 bulan untuk anak genius ummi dan abi Nur Khairiah Mohd Failis..moga Allah terus bagi Ya sihat, kuat, membesar bagai juara dan beri segala kebaikan dunia akhirat..ummi dan abi cuba sebaik mungkin menjaga Ya, sebab ya Amanah Allah untuk ummi dan abi..kami bersyukur Ya Allah..





Wednesday, 21 October 2015

ingin kembali menjadi pelajar

salam semua sahabat pembaca

hari ni semangat kembali menjadi pelajar berkobar-kobar. terbayang kenangan berlari-lari ke kelas. membawa beg laptop kemana-mana, membaca jurnal berhari-hari (tambahan kalau berbahasa inggeris), sambil mandi masih memikirkan teori dan metodologi, kadang-kadang kusut, tetapi hati seronok dan bahagia...sukar dan perit, tetapi kemanisan kejayaan itu sangat nikmat, apatah lagi dikongsi dengan emak ayah tersayang dan keluarga kecil saya (belum dikongsi dengan semua).

keluarga kecil saya. (30 mei 2014- tarikh nikah)
Syukur dengan nikmat Tuhan menemukan saya dengan jodoh yang ditetapkan, jodoh yang terbaik untuk saya di dunia dan di syurga kelak, insyAllah..lelaki yang rendah egonya, menerima kedegilan saya dengan tabah, melayan ketidak sabaran saya dengan sabar (walau kadang kala hilang juga sabarnya, tapi dia masih lebih penyabar daripada saya), lelaki yang mudah kasihan dan simpati. semoga, imam dalam keluarga kecil saya ini boleh memandu dan mendekatkan saya dengan Tuhan maha pencipta. Syukur Ya Allah.

anak syurga saya (22 Mei 2015-tarikh anak syurga ini dilahirkan)
Nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak saya dustakan, rezeki terbesar dalam hidup saya dan suami, dikurniakan zuriat pengikat kasih suci pada 22 mei 2015. rezeki ini datang dengan ujian, kelahiran pramatang, hanya 1.05kg berat semasa dilahirkan, 39 hari anak syurga ini di dalam nurseri, 5 hari saya di tahan di ICU kerana luka di otot perut saya, saya dapat melihat anak syurga ini selepas 8hari dilahirkan, berpantang tanpa anak syurga ini disisi (sangat memeritkan)...syukur, ALLAH sahaja tempat mengadu dan berharap, meminta minta kepada maha pencipta seperti saya orang tamak agar anak syurga saya sihat, cepat membesar dan kuat..akhirnya 1 julai 2015, anak saya dibenarkan keluar dari nurseri dengan berat 1.82kg..sujud syukur saya pada Allah  atas sifat maha penyayang, maha pengasih dan maha mendengarNYA, anak syurga ini dapat tidur bersama ummi dan abinya buat pertama kali (malam pertama yang kalut dan pengalaman baru saya dan suami) selepas 39 hari melihat dunia. Syukur Ya Allah..

esok genaplah, anak syurga saya Nur Khairiah Bt Mohd Failis, genap 5 bulan. saat ini  saya masih belajar, dan akan terus belajar untuk menjadi ummi yang terbaik untuk anak syurga ini, kerana saya dan suamilah pendidik pertama untuk anak syurga ini. cahaya kebaikan maksud nama anak syurga ini kerana, sejak dalam kandungan hingga lahir, dan insyaAllah hingga dewasa semua ibu saya pasti akan sentiasa mengharapkan kebaikan untuk anak mereka, jadi cahaya kebaikan saya harapkan pada anak syurga saya ini sehingga dia dewasa sesuai dengan namanya. aminn...

jadi, selepas ujian, nikmat dan kebahagian ini saya ingin menjadi pelajar kembali, ingin kembali belajar, menuntut ilmu yang luas ini. moga Allah makbulkan...amiinn

Thursday, 8 October 2015

Kembali

Assalamualaikum..salam kembali semua..:)))..rindu untuk menulis kembali..banyak yang boleh dikongsikan selepas hampir 3 tahun senyap dan sepi..:)))