Wednesday, 13 February 2013

Memberi

Salam sahabat

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Tafsir surah Al-Hajj, ayat 77, yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman!rukuklah,sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu. Dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung"

Ayat ni memahamkan saya satu ilmu yang saya dapat semasa kursus Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan pada 1 hingga 5 februari lepas di Setia City Convention Centre, Shah Alam..satu pesan Dr.Azizan katanya kita memulakan perniagaan bukan semata-mata nak kaya! Bila niat nak kaya, sebab tu la tak kaya.

Tetapi biarlah niat kita berniaga untuk menyelesaikan masalah orang lain. Menambah nilai orang sekeliling kita..seperti ayat di atas apabilah kita berbuat kebaikan, beruntunglah kita...subhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar..

Maha suci Allah mengizinkan saya ke kursus Dr Azizan sekaligus menyedarkan saya betapa mengejar dunia, dunia akan meninggalkan kita..mengejar akhirat, dunia akan bersujud kepada kita..

Erti memberi..makna sedekah..makna bersyukur saya jumpa dalam kursus tersebut..

Sahabat pembaca, mulai hari ini berhentilah mengeluh..bersyukurlah dengan setiap kurnianNYA..anda semua kaya dan berjaya!!!kaya iman, kaya amal, kaya ibadat, kaya sihat, kaya kasih sayang, kaya sedekah, kaya rezki, kaya sahabat, kaya segala-galanya, maka mengapakah hanya sedikit kesulitan terus kita ingin melupakan nikmat yang terlalu banyak ini?

Astagfirullah..janganlah kita biadab dengan pencipta kita..yang DIA sentiasa mendampingi kita, yang apabila kita selangkah kepadaNYA, beribu langkah DIA menghampiri kita..SubhanaAllah..kita penuh dengan kasih sayang kerana DIA MAHA PENYAYANG..

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya..
More u give, more u get sahabat..
Jadilah pemberi yang berbahagia dan paling penting jadilah penerima yang sentiasa bersyukur..

Salam sejahtera kepada semua sahabat tercinta

Indah eyah abu samah
Felda Chemomoi, Pahang, 3.42am

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment