Saturday 23 February 2013

KunyaKunya Marketing

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW



Sticker KunyaKunya Marketing

Selepas kursus Dr Azizan Osman hampir mengubah 100% pola pemikiran saya..Syukur kerana Allah melorongkan saya kepada ilmu yang bermanfaat ini..

Kepakaran kunyakunya marketing ialah membantu anda dengan membekalkan kerepek buatan tradisional resepi emak saya dan dibuat oleh kakak saya dengan 100% halal insyaAllah, rangup dan sekali kunyah pasti nak lagi..boleh layari www.facebook.com/KunyaKunyaSdnBhd

Kunyakunya bukan mengejar keuntungan semata tetapi demi menambah nilai rakan-rakan sekeliling saya dan menyumbang segala segi mengikut kemampuan saya dengan keizinan Rabb..

Syukur..
Saya nak berkongsi 1 amalan yang wajar semua sahabat pembaca amalkan..ritual kehidupan kita mulalah dengan tahajud 2 rakaat, kalau kita tak mampu bangun 3.30 pagi utk permulaan bangun seawal 5.30 pagi pun boleh..selepas tu mengajilah dalam 1 muka surat, selepas itu istigfar 101 kali, then solat subuh..sekitar jam 10 buatlah solat dhuha antara solat yang paling dijaga oleh kecintaan kita Rasulullah SAW, akhir sekali selawat 1000 kali..sambil baring menonton tv pun boleh buat selawat tu..perbanyakkan istigfar dan selawat..cubalah dalam 21 hari dengan istiqomah..pasti anda akan temui apa yang anda cari selama ini..ketenangan dan kebahagiaan..cubalah sahabat..

Dunia ini pinjaman sahaja..tempat persinggahan kita, r&r untuk kita mencari bekalan yang mencukupi untuk kehidupan yang kekal abadi di sana..jangan risau kalau duit di bank tak menggunung tinggi tapi risaulah kalau bekalan kita untuk kehidupan di sana bertaraf fakir..nauzubillah..pesanan ini paling penting untuk diri saya yang menulis..moga tulisan ini ada manfaatnya..

Sahabat pembaca, saya doakan anda semua kaya dan berjaya...kaya iman, kaya amal, kaya takwa, kaya ibadat, kaya rezki, kaya kesihatan, kaya senyuman, kaya kasih sayang, kaya kejayaan, kaya kebahagiaan, kaya memberi, kaya peluang dan kaya dengan bekalan untuk akhirat sana..

Terima kasih membaca tulisan saya..sayang anda semua..anda semua hebat!anda semua dilahirkan untuk menjadi juara!!!

Salam sejahtera untuk semua sahabat

Indah eyah abu samah
KunyaKunya Marketing
Batu berendam, melaka..
Www.facebook.com/KunyaKunyaSdnBhd

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment