Thursday, 31 January 2013

Dunia baru

Salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat? Masih adakah sahabat yang menjenguk blog saya ini? Lama rasanya tak menulis dan berkongsi sesuatu...

Hari ini genap sebulan di bumi melaka. Di sekolah baru. Dengan kawan baru. Sistem yang berbeza. Cara dan kaedah yang berbeza. Suasana yang berbeza. Terlalu banyak perkara baru yang adakalanya saya setuju adakalanya tidak. Bagi saya itu normal. Cuma terpulang pada diri saya sendiri untuk urus dan tadbir perkara-perkara tersebut...Apapun paling utama saya harus bersyukur dengan segalanya..

Sahabat pernah dengar tentang seminar DR Azizan? Saya dah dengar agak lama tentang beliau, sejak saya berniaga dahulu..tapi saya tidak pernah mempedulikannya..

Ahad lepas beliau ada membuat seminar Berani 2013 dengan percuma di Melaka. Itupun kakak saya yang mengajak saya. Semasa seminar tersebut saya berasa agenda utama mereka mungkin untuk mempromosi seminar berbayar mereka...tetapi dalam masa yang sama seminar tersebut menaikkan semangat saya dan membuatkan saya ingin berniaga kembali...SubhanaAllah...sedangkan saya pernah menulis di sini yang saya tidak mahu lagi berniaga...menakjubkan saya seminar percuma tersebut mencetuskan pandangan pada sisi yang berbeza tentang perniagaan..dan mendorong saya untuk menghadiri seminar beliau pada esok hingga selasa..lama kan? :))

Saya tak dapat gambaran apa yang Dr Azizan bakal kongsikan..cuma saya suka untuk begins with the end mind...tidak meletak sebarang jangkaan..dan sentiasa positif..jauh di sudut hati, saya tak sabar juga untuk esok walaupun momentum kadang kala turun dan naik...saya tak sabar untuk sesuatu yang baru dalam hidup saya..

Syukur dengan peluang yang Allah berikan ini..pastinya tidak terjadi denga sia-sia..sebab sesuatu perkara walau sebesar zarah tidak akan bergerak tanpa izin dariNYA...

Saya akan kongsikan dengan sahabat kelak ilmu yang saya dapat..insyaAllah...mungkin ada sahabat pembaca yang pernah pergi kursus Dr Azizan dan boleh berkongsi sesuatu dengan saya?

Hiduplah dengan penuh semangat dan impian..
Banyakkan bersyukur, bersedekah dan berselawat..buatlah semata-mata untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah..

Salam sejahtera kepada semua sahabat..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment