Friday, 4 January 2013

Tazkirah jumaat

Salam

Dengan namm Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apa khabar sahabat semua? Moga sentiasa bersemangat dengan diri dan azam yang baru

Selamat hari raya mingguan..

Sempena hari yang penuh barakah ini saya nak kongsi satu kata-kata daripada Syaikh Mahir Ahmad Ash- Shufi tentang misteri alam barzakh

Katanya "kematian bukanlah satu perhentian terakhir bagi seseorang. Setiap makhluk di muka bumi ini pasti akan berhadapan dengan kematian dan jasadnya hancur dimakan tanah. Namun kehancuran itu hanya terjadi kepada jasad tetapi tidak kepada roh. Jikalau seseorang mati, rohnya akan berpindah ke alam baru yang disebut sebagai barzakh"

Allahu akbar..

Kalau kita toleh kembali kepada umur-umur yang telah berlalu, kemanakah kita bazirkan masa-masa tersebut? Dengan amalan yang baik atau sebalinya? Astagfirullah..banyaknya dosa..masih belum cukup bekalan untuk kehidupan yang lebih abadi di sana..

Sama-samalah kita muhasabah dan berazam memperbanyak amalan..sebelum lakukan sesuatu fikirkan kesannya di akhirat kelak. Syurga atau neraka? Kerana itulah tempat tujuan kita yang kekal abadi..wallahu a'lam

Salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment