Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
Saya tak menulis beberapa hari kerana berada di kampung.
seronok bercuti bersama semua ahli keluarga. Nikmat yang ALLAH kurniakan. Emak, ayah, adik beradik dan anak saudara adalah kurniaan serta rezeki daripada Allah.
emak saya sangat suka bercucuk tanam, tanam bunga, tanam sayur. sangat rajin. katanya nak hibur-hiburkan hati dan dapat juga keluar peluh. mungkin itu rahsia awet muda emak saya..:))
Bunga ini hampir memenuhi laman rumah emak saya. bunga-bunganya sangat cantik tetapi dahannya berduri. metafora nya umpama anak gadis, yang cantik dipandang tetapi tidak boleh disentuh. Pastinya Allah tidak menjadikan duri itu dengan sia-sia. |
Ini pucuk labu. saya sangat menggemari masak lemak pucuk labu. bertambah lazat jika dicampur dengan cendawan. subhanaallah. nikmat sungguh rezeki Allah memberi lidah untuk merasa segala nikmat makanan yang ada di dunia ini. |
Buah mangga. Buah kegemaran saya. saya masih ingat kenangan tentang buah mangga, semasa saya kecil, arwah datok saya sering membelikan buah mangga untuk saya. masa tu zaman susah, jadi buah mangga yang dibeli sudah busuk sedikit, namun masih ada bahagian yang boleh di makan. Bahagian yang elok itulah emak saya potong dan berikan pada saya. Ya allah, semoga arwah datok saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dan kami akan ditemukan semula di syurga firdaus kelak. InsyaAllah... |